Showing posts with label Motivated me~. Show all posts
Showing posts with label Motivated me~. Show all posts

07 August 2015

Kazim Haiman.

Assalamualaikum..
Ha.. Apa cer tetiba buka blog balik neh? Heheh.. Last update lebih setahun yang lepas kot. Actually banyak dah post yang aku tulis tapi duduk dalam draf jadi pekasam. Tulis separuh separuh then save. Lepas tuh takde masa nak sambung tulis. Jadi, sementara anak aku lena tidur neh, aku nak update la blog neh. 


Alhamdulillah.. Kazim Haiman Bin Khairul Azmi sekarang dah nak masuk 5 bulan. Now dia dah pandai meniarap and terlentang balik then meniarap and terlentang lagi (he keeps repeating this). So, dia akan tawaf semua tempat dengan skill dia yang dua tu jela. Bahaya gila bila terlepas pandang kejap tau2 dah ke tempat lain. Ha kau, baru tau sekarang ada anak cane kan. 

Bila fikir balik tempoh setahun 4 bulan sebelum disahkan mengandung tu aku rasa lama sangat. Yela, soalan biasa manusia2 lain. Bila belum kahwin di tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin di tanya bila nak ada anak. Dah ada anak sorang di tanya bila nak ada anak dua orang. Dan soalan2 seterusnya yang boleh menikam kalbu. 

So, ini sedikit sebanyak effect jugak kat aku masa tu. Effect kat emosi satu hal then effect pada fikiran aku pon ada. Then, macam2 lah usaha aku buat nak dapatkan anak neh. Kaz? Dia banyak calm kan aku dan suruh aku sabar. Dia relax je. Belum ada rezeki katanya. 

Tapi sekarang baru aku nampak hikmahnya اللهُ  s.w.t atur jalan hidup aku dan Kaz macam neh. Jadi, pada sesiapa yang belum ada rezeki nak dapat kerja ke, nak kahwin ke, nak dapat anak ke atau sebagainya. Percayalah pada اللهُ s.w.t. Benda yang kita ingat baik untuk kita tak semestinya baik untuk kita. اللهُ lebih tahu yang mana terbaik untuk kita. 

Kalau di ikutkan tempoh aku tunggu tu tak selama orang lain. Ada pasangan tu tunggu lagi lama. Berbelas2 tahun pon ada. Ya اللهُ tabah betul mereka. 

Sekarang aku fahamlah perasaan2 orang lain kalau bab soalan2 sensitif neh. Sebab aku pernah rasa di soal kenapa tak mengandung lagi ibarat aku yang tentukan rezeki aku sendiri. Pemikiran manusia yang kita takkan pernah faham.

Ok, Kazim Haiman dah bangun. Mandi time. 

Till then,
Wani.

13 August 2011

Frust tapi suka.

Hye all.
Semalam aku baru dapat tahu aku dapat wad apa. Frust ada. Suka pon ada. Macamana tuh?

Btw, dalam list yang Ketua Penyelia Jururawat suruh tulis minat wad apa tuh aku tulis yang berikut :

1) CCU (Coronary Care Unit)
2) ICU (Intensive Care Unit)
3) Haemato ward.

Aku minat gila kat CCU. Serious. Masa praktikal kat Hospital Melaka dulu, posting wad CCU sehari je. Tapi aku semangat pergi bukak buku Medical Surgical Nursing yang 1867 mukasurat tuh sebab nak buat revision. Memang aku minat kalau bab penyakit-penyakit berkaitan dengan coronary (jantung) neh. Maybe sebab aku suka Puan Mazura. Lecturer yang ajar coronary heart disease masa kat kolej dulu.

ICU pulak aku mintak sebab cara penjagaan patients kat wad tuh sama macam CCU. Intensive. Satu staff nurse limit satu atau dua patient  je. So, bagi aku penjagaan patients tuh akan lebih sempurna. Dari A sampai Z akan terurus.

Yang third choice tuh aku dah tak tahu nak tulis apa dah sebenarnya. Emergency & Trauma Department (ETD) jangan haraplah kan. Tak minat. Baca neh kalau tak tahu kenapa aku tak minat ETD  -> hari sensitip aku.. Hohoh.

Bila dah tulis hemato ward tuh, baru aku di beritahu melalui sesi pengenalan Hospital Ampang kepada staff nurse freshie bahawa Hospital Ampang specialize dalam bidang Hematology.

Unit Hematology tuh asalnya kat HKL. Tapi di pindahkan ke Hospital Ampang. Hospital Ampang antara hospital di Malaysia yang melakukan transplant atau pemindahan stem cell. Tak semua hospital pakar dalam transplant neh. Di Malaysia, setakat neh hanya Hospital Ampang, HKL, PPUM dan HUKM sahaja hospital kerajaan yang melakukan transplant. Hospital swasta pulak Gleneagles Medical Center Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang dan Ampang Puteri KL.

Berbalik kepada wad aku posting tadi. Takkan tak dapat tangkap aku dapat wad apa? Dah membebel panjang pasal hemato ward tuh maknanya aku dapat hemato ward lar. Heheh.

At first aku rasa macam "Kenapa tak CCU???"
Then aku diam dan fikir ini yang dah di tetapkan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah ada hikmahnya. Amin.

Lagipon, posting negeri Selangor aku dah dapat, posting Hospital Ampang yang sekakang kera dari rumah aku neh pon aku dah dapat. Apalah salahnya aku terima tak dapat CCU ward kan? ^^

Semalam jugak aku sempat pergi tengok keadaan hemato ward tuh. Wad hemato ada 4 ke 5 wad kalau tak silap aku. Satu je wad hemato & transplant iaitu wad 7D.

Rezeki aku dapat wad 7D tu. Maksudnya patient aku semua pre and post transplant. Penjagaan tersangat rapi. Satu patient satu bilik. Staff nurse yang keja situ kena pakai baju biru macam kat ICU and Operation theater. Patient with transplant neh tersangatlah lemah imuniti badannya. Visitors not allowed at all. Except seorang care giver yang boleh makan, tido, terlentang, main congkak, tengok tv dalam bilik bersama-sama pesakit.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di iringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai melawat wad 7D pada 9 September 2011 yang lalu.


Cakap pasal transplant neh, aku pernah daftar sebagai donor transplant. Sini-> Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Ha, kad MMDR aku tuh dah hilang sekali dengan purse kesayangan masa kena seluk kat Masjid Jamek hari tuh. Nasib pernah tulis dalam blog peristiwa bersejarah neh. Huhuh.

Sekarang neh perasaan aku suka sangat-sangat. InsyaAllah banyak perkara baru akan aku belajar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

19 July 2011

Being in a relationship.

It's not about the labels or becoming official. It's about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It's about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It's about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It's never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it's about how hard they try to keep you happy.



(Source: wthellmichelle, via brokenpromisesanddbrokenhearts)


hugsNkisses,
Wani.