Showing posts with label Catatan~. Show all posts
Showing posts with label Catatan~. Show all posts

07 August 2015

Kazim Haiman.

Assalamualaikum..
Ha.. Apa cer tetiba buka blog balik neh? Heheh.. Last update lebih setahun yang lepas kot. Actually banyak dah post yang aku tulis tapi duduk dalam draf jadi pekasam. Tulis separuh separuh then save. Lepas tuh takde masa nak sambung tulis. Jadi, sementara anak aku lena tidur neh, aku nak update la blog neh. 


Alhamdulillah.. Kazim Haiman Bin Khairul Azmi sekarang dah nak masuk 5 bulan. Now dia dah pandai meniarap and terlentang balik then meniarap and terlentang lagi (he keeps repeating this). So, dia akan tawaf semua tempat dengan skill dia yang dua tu jela. Bahaya gila bila terlepas pandang kejap tau2 dah ke tempat lain. Ha kau, baru tau sekarang ada anak cane kan. 

Bila fikir balik tempoh setahun 4 bulan sebelum disahkan mengandung tu aku rasa lama sangat. Yela, soalan biasa manusia2 lain. Bila belum kahwin di tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin di tanya bila nak ada anak. Dah ada anak sorang di tanya bila nak ada anak dua orang. Dan soalan2 seterusnya yang boleh menikam kalbu. 

So, ini sedikit sebanyak effect jugak kat aku masa tu. Effect kat emosi satu hal then effect pada fikiran aku pon ada. Then, macam2 lah usaha aku buat nak dapatkan anak neh. Kaz? Dia banyak calm kan aku dan suruh aku sabar. Dia relax je. Belum ada rezeki katanya. 

Tapi sekarang baru aku nampak hikmahnya اللهُ  s.w.t atur jalan hidup aku dan Kaz macam neh. Jadi, pada sesiapa yang belum ada rezeki nak dapat kerja ke, nak kahwin ke, nak dapat anak ke atau sebagainya. Percayalah pada اللهُ s.w.t. Benda yang kita ingat baik untuk kita tak semestinya baik untuk kita. اللهُ lebih tahu yang mana terbaik untuk kita. 

Kalau di ikutkan tempoh aku tunggu tu tak selama orang lain. Ada pasangan tu tunggu lagi lama. Berbelas2 tahun pon ada. Ya اللهُ tabah betul mereka. 

Sekarang aku fahamlah perasaan2 orang lain kalau bab soalan2 sensitif neh. Sebab aku pernah rasa di soal kenapa tak mengandung lagi ibarat aku yang tentukan rezeki aku sendiri. Pemikiran manusia yang kita takkan pernah faham.

Ok, Kazim Haiman dah bangun. Mandi time. 

Till then,
Wani.

15 March 2014

Memadam.

Salam.

Semua orang di dunia neh tak sempurna. Tapi aku taknak cakap pasal semua orang tu. Aku nak cakap pasal diri aku neh. Ha, ye. Aku tak sempurna. Aku pernah melalui zaman 'jahilliah' aku. Aku pernah meronggeng ke hulu ke hilir free hair. Aku pernah berfesyen tanpa memikirkan aurat-aurat aku terdedah dilihat oleh yang bukan mahram.

Jadi, setelah mula menutup apa yang sepatutnya ditutup ini aku mulalah memadam gambar-gambar yang tidak sepatutnya di facebook. Ada yang aku delete dan ada yang aku keep private untuk diri aku sendiri.

Aku juga mula pm kawan-kawan kat facebook yang mana pernah post gambar-gambar zaman 'jahilliah' aku tu untuk menggunakan sifat prihatin diaorang delete gambar-gambar tersebut. Alhamdulillah.. semuanya memahami.

Nasib masa aku berhurey-hurey free hair tu hanya facebook yang popular. Kalau lar masa tu dah ada instagram bertambahlah kerja den neh ha.

Kemudian aku teringatkan blog terchenta aku neh. Penuh juga gambar-gambar aku free hair. Yes, aku delete gambar itu semua. So, memang ada previous post aku macam ayat tergantung, contohnya "lihat kami gembira seperti gambar di bawah" tapi bila kau scroll bawah takde gambar pon. Yang ada hanya sambungan aku membebel. Hahah. Jika itu yang berlaku maaflah ye.

 Hayoo.. penat tau nak delete dan edit satu-satu post kat blog neh. Padan muka kat aku juga sebenarnya kan. Dosa sendiri nak buat macamana. Baik rasa penat delete sekarang dari rasa azab waktu akhirat nanti.

Alhamdulillah. Sekarang ramai kawan-kawan aku dah berubah. Dan diaorang semua pon ada mesej aku mintak tolong delete gambar-gambar diaorang yang tak sepatutnya kat blog aku neh. Btw, aku mintak maaf lah kalau ada post yang aku terlepas pandang tu. Aku dah cuba sedaya upaya belek satu-satu post sampai suami pon pelik tengok aku khusyuk depan ipad macam tengah buat proposal nak kena submit urgent. Hahah.

Rasa nak delete je semua post-post lama kat blog neh tapi macam sayang pulak. Tapi bila baca memang malu kat sifat keanak-anakan diri sendiri dolu-dolu. Tapi kalau delete ada kenangan terindah pulak. Tapi.. ha nampak tak banyak tapi tu. Jadi, sebab taknak banyak tapi aku delete gambar jelah. Post-post yang memalukan aku convert simpan dalam draft. Heheh.

Kepada kawan-kawan kesayanganku sekalian. Aku dah cuba sedaya upaya delete semua gambar yang tak sepatutnya ditayangkan disini padahal anda semua nak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi aku minta maaf kalau ada kekurangan disini. Sila whatsapp or mesej aku kalau korang perasan mana-mana post yang ada gambar tak sepatutnya lagi.

Buat pengetahuan korang, aku delete gambar dalam blog neh pakai ipad sebab laptop aku ada orang yang lebih memerlukan pakai. Kalau korang nak tahu kesusahan tanpa 'mouse' aka tetikus  dalam menggunakan website blog ini amatlah tidak dapat di gambarkan. Pernah juga aku tarik-tarik rambut aku neh kerana kerap sangat proses memadam gambar kat blog neh failed. Susah nak explain tapi memang payah tanpa 'mouse' T_T. Sebab itulah aku selow melow sikit. Maaf ye.

Ingat, kalau jumpa mana-mana post yang ada gambar tak sepatutnya tu please please please hafal tajuk post tu then whatsap or mesej aku okay.

lovelove,
Wani.

25 November 2012

Ubat mustajab.

Ubat mustajab adalah doa.

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan,
dan di tempat ketakutan dgn keamanan..

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tidak mahu lelap ini
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU..

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut, aku bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Amin ya robal a'lamin..

Source : LINK

11 November 2012

First header dan banner.

Oleh kerana normal sleep pattern terganggu akibat kerja shift malam tiga hari, aku mula mengodek blog-blog bride to be dan ex bride to be kat Malaysia neh. Heheh..

Seronok godek blog diaorang sebab banyak info dapat. Mana nak beli wedding favor murahlah, mana nak carik wedding cake la, tudung nikah la, veil la. Lagi seronok tengok diaorang update kerajinan diaorang buat diy untuk wedding diaorang. Alahai rajinnya.. aku pon rajin jugak. Rajin tengok jela diaorang buat. Hohoh..

Actually teringin nak tampal banner bride to be kat blog hamba yang tak seberapa neh. Dah lama da ada keinginan tu. Sejak sebelum jadi bride to be neh pon dah teringin dah. Gatal kan? =P

So, carik punya carik jumpalah satu banner yang cute macam saya memenuhi kehendak. ^^


Ya, saya bride to be from Selangor yang awesome! Ada banyak banner bride to be neh mengikut negeri di reka oleh Puan Rai ex bride to be. ^^

Sebenarnya paling suka banner bride to be from Sabah & Terengganu sebab colour purple tapi nak buat macamana takkan nak berpaling tadah semata-mata warna favourite pulak. Aisey.

Alang-alang tampal banner tu aku tukar sekali semua templates dan ayout blog aku. First time buat header blog. Guna photoscape je pong. Ya, tau memang tak semegah mana header saya. Tapi takpe, still ada rasa bangga di situ. Ngehngeh.

Okaylah, ariosamigos.

Wani.


13 October 2012

Sudah sebati.



Sebenarnya aku neh memang ada penyakit dari zaman muda remaja (sekarang remaja dewasa). Nama penyakit tu Oral Simplex or cold sore.

Oral Simplex neh merupakan blister yang akan tumbuh kat bibir.. Haa.. then, akan akan rasa gatal & tak selesa. Bibir elok licin smooth macam model lip ice sheer colour tetiba tumbuh menatang tu takkan rasa selesa pulak ye ndak?

Sebab timbul blister neh antaranya stress, terlalu sejuk, terlalu panas, demam, hormonal changes and lain-lain lagi la. Lagi satu sebabnya jugak adalah melalui ciuman. Tapi korang jangan nak fitnah aku cium sesiapa pulak.! Hish.

So, penyakit neh memang recurrence atau akan berulang-ulang. Means dah elok pon, beberapa bulan akan jadi balik blister tu. Pastuh elok balik, pastuh jadi balik. Macam tu jela. Dah sebati dah dengan diri aku.

Dulu masa mula-mula kena mengagau jugaklah cari ibu, sekarang takde dah macam tu. Bila jadi je aku tempek la krim Acyclovir. Dua tiga hari lepas tu sembuh, itu je cara mengubati cold sore neh.

Sebenarnya aku bebel panjang lebar dari utara ke selatan tadi tu ha sebab nak bagitau yang cold sore tu tengah jadi la sekarang neh.

Kali neh aku rasa cold sore jadi sebab aku stress, panas, serabut, happy, risau, berdebar ke hulu ke hilir prepare apa yang patut untuk hari bahagia aku nanti kot.

So, lepas neh kenalah jaga emosi sikit. Takyah risau risau sangat, pening pening sangat. Takmo cold sore neh timbul saat hari bahagia tu pulak. Tak cantiks macam Scha Al Yahya la nanti. Heheh..


Arios amigos,
Wani.

07 October 2012

The beginning of something beautiful.

Alhamdulillah. Makin hari makin sayang. (eh tetiba pulak)

Ehem. Mungkin lepas ini aku akan bertambah busy. Sebelum ini memang dah busy sampai last update blog pon bulan june. Eh, kejap kejap. Bulan june? Sekarang dah oktober kan?. Cepatnyaaa masa berlaluuuu..~

Berbalik kepada hal di atas. Ya, lepas ini bertambah busy sebab menguruskan perkara penting. Perkara yang hanya akan berlaku sekali di dalam seumur hidupku. Kalau lelaki boleh jadi berlaku lebih dari sekali. Heheh..

Doakan semuanya berjalan lancar. Sekarang neh pon rasanya macam dah kena beli stok koyok banyak-banyak sebab dah mula rasa pening. Pening sebab terlalu banyak choices. Ish, ada banyak choices pon masalah, takde choices lagilah banyaakkk masalah. Syukurlah banyak choices. =)

Okaylah, nak sambung pening kepala.

Arios amigos,
Wanimasihcute.

12 April 2012

Batu penghalang.

Kadang-kadang ada je perkara yang menghalang aku berkelakuan rasional.

Salah satunya bila diri sendiri merajuk diri sendiri kena pujuk hati diri sendiri yang merajuk.

Apa ingat takde benda rasional lain ke yang aku boleh buat selain pujuk diri sendiri?

Benci betul.

p/s : Merajuk tu rasional.

05 April 2012

Kurang empat jam.

Aku tak tahu lar kenapa sekarang ini nafsu aku makin membuak-buak. Membuak sangat-sangat. Membuak-buak tu sampai tahap rakus tikus.

Mula-mula dua pinggan nasi lauk ayam masak gulai lemak cili api. Kemudian, sebijik burger McChicken McD. Di tambah pula dengan seketul kepak ayam goreng madu. Oh ya, jangan lupa sepinggan kuey tiow goreng.

Semua di atas telah di telan oleh esofagus aku dalam masa kurang empat jam sahaja. Di ulangi. Kurang EMPAT jam sahaja.

Serius tak faham dengan nafsu makan aku sekarang.

p/s : Mungkin dah tiba masanya aku fikir soal kahwin.

hugsNkisses,
Wani.

21 March 2012

Ketidakkesampaian.

Hampir berjaya menanda pangkah pada 'Take a hot-air balloon ride' kat senarai things to do in a lifetime belah kanan blog neh. Hampir.. tersangat hampir dah. Tapi ketidakkesampaian.


Err.. yang ini boleh di kira tak? Oh, tak eh?

So, tunggu next hot air balloon fiesta jela ndak?

Eh, lupa pulak nak ucap terima kasih kat driver saya juga model tambahan dalam gambar atas tu. Mr Kaz. Thank you awak, nanti saya belanja bayar parking tiket Jaya Jusco. ;)

hugsNkisses,
Wani.

Ketioman.

2 Mac 2012- 4 Mac 2012.
Kelewatan mengupdate pasal Pulau Tioman ini adalah kerana kelembapan internetku mendownload semua picture yang di hantar oleh Lubna melalui Yahoo mail. Jadi, jangan salahkan aku. Salahkan internet. Faham tak neh aku suruh salahkan internet? Bagus, faham.

Pertama kali ke Pulau Tioman telah menyakinkan aku bahawa Pulau Tioman itu terletak di Pahang. Bukan Johor. Bukan Terengganu. Ianya Pahang. Semua orang selalu confuse tentang itu. Bukan aku je. Faham tak neh bukan aku je yang selalu confuse? Bagus, faham.

Lub and Alan tukar-tukar jadi driver. Tapi Alanlah banyak berbudi jadi pemandu. Aku? Jangan biarkan aku yang baru habis kerja malam 10 jam ini memandu. Kalau bercita-cita nak ke gaung bolehlah.





Akhirnya sampai jugak kat jeti neh. Kebas habis dah punggung duduk dalam kereta. Haish. Oh ya, trip neh under Lub's father punya company. So, ada orang yang connected with company ayah Lub follow sekali trip neh. See, three Yamanis guys in the picture? From left, Sinan, Khalid and Abdillah. Diaorang dari Yaman & buat bussiness restoran arablah di Malaysia.

Setelah 4 jam berpanas punggung dalam kereta dan 2 jam dalam feri pulak akhirnya kami selamat sampai ke Pulau Tioman. East Divers adalah nama chalet kiteorang bermalam.



Oh ya. Tolong jangan jeles dengan permandangan di atas. Itulah view from our chalet. Nak bau sendiri air laut tu masin ke tak datang sendiri kat Pulau Tioman okay.

Hari pertama sampai pon dah lewat petang. After dinner kiteorang buat campfire. Main game sikit, huha huha sikit, menyanyi menyanyi sikit. Pastuh goodnight.

Esok paginya kami merendek tepi laut. Merendek tanpa handphone canggih berkamera adalah tidak sah.



Neh nampak sangat hasil karya tak bertauliah Tira.







Lepas breakfast kami siap-siap untuk snorkelling. First time snorkelling neh. Cuak plus jakun plus excitedo plus redah je la.

Muka aku yang sudah separuh masak akibat sunburn.
Best rupanya snorkelling neh. Walaupun aku rasa gayat jugak berenang dekat air 20 meter dalam tu, aku cuba control cun. Aku cuba relaks.

Corals memang cantik-cantik habaq hang. First time tengok gamat hidup depan mata. Aku sempat bagi ikan makan roti dari tangan aku. Ikan cantik-cantik takyah cerita la. Tapi ikan cantik-cantik pon gerun jugak lar sebab takut-takut ikan pirana yang datang gigit roti kat tangan aku tu.

Habis snorkelling, kitaorang jalan-jalan membeli-belah. Pokai makcik nak oi. Malamnya, kami ada BBQ. Nyummeh nyummeh.








Last day. Apa yang mampu di lakukan selain gila-gila tangkap gambar di tepi pantai? Alan mengeleng kepala tanda tidak faham keterujaan kami untuk menangkap gambar sejak hari pertama perjalanan. Jangan pedulikan dia. Faham tak neh aku suruh jangan pedulikan dia? Bagus, faham.





Our last meal before going back to Kayel. Huaa~  takmo balik Kayel..

hugsNkisses,
Wani.

16 December 2011

Angan-angan.

Jambangan bunga yang aku dapat waktu konvokesyen aku hari tuh terdampar layu di atas himpunan kotak berisi kasut-kasut aku.

Hajat hati nak buat potpuri guna bunga yang layu tu. Tapi sampai sekarang tak berkesempatan pergi beli botol kaca & wangian khas untuk potpuri.

Aku berangan nanti nak simpan potpuri tu dalam botol kaca & hias dengan ikatan reben warna purple. Bila dah ada anak bolehlah aku cakap kat dia,

"Asal potpuri neh sebenarnya bunga masa mama pergi konvokesyen ambil diploma kejururawatan mama dulu.."

Dah ada cucu boleh jugaklah aku cakap macam neh kat dia,

"Cantik tak nenek punya potpuri neh? Ha, inilah bunga yang nenek dapat masa konvo nenek dulu. Waktu tu umur nenek 21 tahun.."

Harap-harap kali ini angan-angan menjadi kenyataan.

Esok kena rajinkan diri pergi beli botol kaca & wangian potpuri jugak. Tak kira!

Ariosamigos,
Wani.

07 December 2011

Dah graduate yo!

Aku di lahirkan di negeri Perak, iaitu kampung ibu aku. Membesar di negeri Selangor. Belajar nursing di negeri Melaka. Kerja di negeri Selangor. Dan konvo di negeri Perak.

Pi mai pi mai tang tu jugak. Heheh. Apa-apa pon aku bersyukur hidup ini di permudahkan. Alhamdulillah.

So, aku baru balik dari majlis konvokesyen yang aku agung-agungkan di dalam entry ini.

Majlis konvo aku berlangsung di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak. Cantik gila kolej ini. Iyolah, kolej baru kan.

Konvo aku 6 disember. Masa datang untuk reheasel 5 disember tu ibu aku tanya. "Nak beli bunga tak?"

Ibu tanya sebab semua orang beli bunga untuk melaram hari konvo nanti. Aku balas, "Boleh jugak tapi takde yang ada coklat, semua ada bunga and bear je. Takpelah kot".

Tup tup keluar je dewan perdana lepas ambil sijil diploma esoknya tu, adik aku hulur bunga yang siap ada coklat. Ibu tempah dari semalam kata adik aku. Aww~ terharu sangaatt..

My bouquet  of flower with Pooh & ferrero rocher~
With my love. Love you ibu.
My famili.
My besties~
Aaww~ Dapat kiss~
Love this picture.
Best tau konvo neh. Macam reunion pon ada. Aku dapat jumpa kak Dayah yang aku cerita dalam entry ini.
Tadaa~ Ini kak Dayah. Semangat tau datang dengan wheelchair. ^^
Best best best sangat pergi konvo. Nanti nak pergi lagi lar. Boleh?

Ariosamigos,
Wani.

10 November 2011

Every nurse really need this.

Kerja di wad bukannya membesarkan punggung duduk kat kerusi tu je. Jururawat kena ke hulu ke hilir. Katil pesakit bukan kat tepi kaunter jururawat tu. Nun kat cubicle masing-masing.

Nurse call bell berbunyi je berjalanlah anda sebagai jururawat yang berhemah ke cubicle pesakit yang memanggil. Bagi ubat pon kena berjalan dari cubicle ke cubicle pesakit jugak. Bukan boleh panggil nama pesakit sorang-sorang suruh datang kaunter ambil ubat sendiri.

Tu belum kes berjalan tolak pesakit dengan strecher or wheelchair pergi buat x-ray atau tolak troli medication ambil ubat kat farmasi lagi. Phew~

Banyak berjalan buat kaki para jururawat lenguh teramat sangat. Dah lenguh satu hal. Berpotensi dapat hadiah cepu emas Poh Kong iaitu varicose veins.

Varicose veins baik punya.

Time study dekat kolej dulu kalau kaki lenguh macam tengah heret anak gajah pon aku ada cara alternatif lagi bijak untuk menghilangkan rasa sakit tu dan mengelakkan varicose veins muncul di kaki ku yang cantik seperti bunting padi ini.

Caranya ialah dengan mengantungkan kaki di besi katil bujang aku.

Macam ini. Pandainya Wani guna photoscape~
With this way I have makesure that my blood flow at my feet going back to normal. Kalau tak, seharian bekerja di wad buat pengaliran darah kat kaki tersekat. Berdiri terlalu lama buat darah tak boleh patah balik ke jantung dengan mudah kerana tarikan graviti yang menarik blood flow sentiasa menghala ke bawah. Kau faham ke tak apa aku cuba cakap neh? Ggrr~

Whatever it is, now I have a new solution. Yeayy~

Since my bed takde palang besi macam kat hostel dulu. Since dah kerja ada gaji. Since ada boyfriend yang baik hati nak belanja teman.

Kita pergi..


Foot reflexology. Benda alah neh kat Bukit Bintang. Sangatlah best wa cakap sama lu. Must try weh. Harga berpatutan, tempat theraputic, dapat green tea free, kerusi malas buat anda rasa malas nak bangun, pekerja semua hensem-hensem dan cantik-cantik.

Therapy yang sangat bagus. Aku ingat sakit lar sangat. Rupanya macam kena gigit dengan kerengga je. (Berlagak sikit).

Aku takde gambar nak share sebab aku rakam video time tu. Nak share video banyak muka Mr Kaz dari muka aku. Nanti dia pulak yang ramai peminat. So, aku malas nak upload. Hahah.

P/s : Memang Kaz yang belanja pon.

Ariosamigos,
Wani.

24 October 2011

Kalau aku boleh terbang.

Pukul 5.00 pagi tadi aku dapat text message dari kakak kesayanganku. Dia beritahu dia accident. Fracture femur & fibula. SubhanaAllah. Terus aku telefon dia. 

Rasa nak nanges je dengar suara dia yang lemah semacam tu. Dia kat wad orthopedic Hospital Sultan Aminah (HSA), Johor sekarang. 

Kalaulah aku boleh terbang ke sana. T_T

Dengan Kak Dayah.
Baru 19 oktober lepas dia wall post kat fb aku. Hamaigad. I miss her.


Aku telefon kawan sekolej kami, Jannah. Dia kerja dekat HSA. Aku mintak tolong Jannah tengokkan kak Dayah. 

Tengahari tadi dapat text message dari Jannah beritahu dia dah lawat kak Dayah dan sekarang kak Dayah kena start nill by mouth (NBM) untuk buat operation masuk plat.

Dua tahun setengah di kolej jururawat menjadi housemate dan setahun setengah menjadi roomate buat kami sangat rapat.

Everything about me she knew. Dia seorang kakak yang protective. Yup, walaupun aku anak sulung dan seorang kakak, dengan dia aku jadi seorang adik.

Dia seorang pendengar dan pemberi nasihat yang sangat baik. Seorang kawan di masa susah dan senang. Kami pernah berselisih faham, dan itu buat persahabatan kami lebih kuat.

Aku doakan dia sihat walafiat. 

Nak jumpa diaaaa.. I miss you kak Dayah. ;((

09 October 2011

Hari bersejarah bakal tiba.

Hari yang di tunggu-tunggu bakal tiba. Excitedo sangat sebab first time dalam kehidupan akan melalui detik ini.

Detik bersejarah akan berlangsung di Ulu Kinta, Perak.

Peta Negeri Perak.

Aku dah pon fax surat beritahu aku setuju untuk menyertai detik bersejarah ini.

Detik bersejarah yang hanya berlaku sekali dalam seumur hidup itu pon kalau korang ambil diploma. Kalau ambil degree, akan berlaku dua kali dalam hidup. Kalau ambil master, akan berlaku tiga kali dalam hidup.


Dah request cuti untuk hari bersejarah ini. Empat hari terus. Kalau tak approve aku mongok lapar. (erk..ada ke orang kisah?)

Oh ya, tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolej. Lagi-lagi yang dah berisi tu. Weee~

Jangan baca lama-lama nanti jeles. Till then.

Arios amigos.
Wani.

11 September 2011

Yang berkenaan.

Betul-betul menguji kesabaran aku.

Wani.

13 August 2011

Frust tapi suka.

Hye all.
Semalam aku baru dapat tahu aku dapat wad apa. Frust ada. Suka pon ada. Macamana tuh?

Btw, dalam list yang Ketua Penyelia Jururawat suruh tulis minat wad apa tuh aku tulis yang berikut :

1) CCU (Coronary Care Unit)
2) ICU (Intensive Care Unit)
3) Haemato ward.

Aku minat gila kat CCU. Serious. Masa praktikal kat Hospital Melaka dulu, posting wad CCU sehari je. Tapi aku semangat pergi bukak buku Medical Surgical Nursing yang 1867 mukasurat tuh sebab nak buat revision. Memang aku minat kalau bab penyakit-penyakit berkaitan dengan coronary (jantung) neh. Maybe sebab aku suka Puan Mazura. Lecturer yang ajar coronary heart disease masa kat kolej dulu.

ICU pulak aku mintak sebab cara penjagaan patients kat wad tuh sama macam CCU. Intensive. Satu staff nurse limit satu atau dua patient  je. So, bagi aku penjagaan patients tuh akan lebih sempurna. Dari A sampai Z akan terurus.

Yang third choice tuh aku dah tak tahu nak tulis apa dah sebenarnya. Emergency & Trauma Department (ETD) jangan haraplah kan. Tak minat. Baca neh kalau tak tahu kenapa aku tak minat ETD  -> hari sensitip aku.. Hohoh.

Bila dah tulis hemato ward tuh, baru aku di beritahu melalui sesi pengenalan Hospital Ampang kepada staff nurse freshie bahawa Hospital Ampang specialize dalam bidang Hematology.

Unit Hematology tuh asalnya kat HKL. Tapi di pindahkan ke Hospital Ampang. Hospital Ampang antara hospital di Malaysia yang melakukan transplant atau pemindahan stem cell. Tak semua hospital pakar dalam transplant neh. Di Malaysia, setakat neh hanya Hospital Ampang, HKL, PPUM dan HUKM sahaja hospital kerajaan yang melakukan transplant. Hospital swasta pulak Gleneagles Medical Center Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang dan Ampang Puteri KL.

Berbalik kepada wad aku posting tadi. Takkan tak dapat tangkap aku dapat wad apa? Dah membebel panjang pasal hemato ward tuh maknanya aku dapat hemato ward lar. Heheh.

At first aku rasa macam "Kenapa tak CCU???"
Then aku diam dan fikir ini yang dah di tetapkan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah ada hikmahnya. Amin.

Lagipon, posting negeri Selangor aku dah dapat, posting Hospital Ampang yang sekakang kera dari rumah aku neh pon aku dah dapat. Apalah salahnya aku terima tak dapat CCU ward kan? ^^

Semalam jugak aku sempat pergi tengok keadaan hemato ward tuh. Wad hemato ada 4 ke 5 wad kalau tak silap aku. Satu je wad hemato & transplant iaitu wad 7D.

Rezeki aku dapat wad 7D tu. Maksudnya patient aku semua pre and post transplant. Penjagaan tersangat rapi. Satu patient satu bilik. Staff nurse yang keja situ kena pakai baju biru macam kat ICU and Operation theater. Patient with transplant neh tersangatlah lemah imuniti badannya. Visitors not allowed at all. Except seorang care giver yang boleh makan, tido, terlentang, main congkak, tengok tv dalam bilik bersama-sama pesakit.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di iringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai melawat wad 7D pada 9 September 2011 yang lalu.


Cakap pasal transplant neh, aku pernah daftar sebagai donor transplant. Sini-> Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Ha, kad MMDR aku tuh dah hilang sekali dengan purse kesayangan masa kena seluk kat Masjid Jamek hari tuh. Nasib pernah tulis dalam blog peristiwa bersejarah neh. Huhuh.

Sekarang neh perasaan aku suka sangat-sangat. InsyaAllah banyak perkara baru akan aku belajar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

11 August 2011

First day KERJA.

Hye all.
Lambat aku update pasal pengalaman 1st day keja neh. Lantak lar. Lambat pon lambat. Asalkan aku update. Well, seperti yang aku pernah mention before neh, aku dapat posting negeri Selangor. Tapi nak tahu hospital mana aku posting tuh kena pergi lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dulu.

So, 8 Ogos 2011 berangkatlah aku bersama-sama ayah dan ibu tercinta ke JKN Selangor di Shah Alam. Syahir tak ikut sebab dia kena sekolah. Ini mengakibatkan aku terasa seperti anak tunggal perempuan dalam famili sepanjang perjalanan tersebut. Yes baby yes.

Anak ayah! Bye Syahir.

Anak ibu!  Bye Syahir.

Semua staff nurse yang dapat posting Selangor kena berkumpul ramai-ramai sebelum isi borang untuk letak tiga pilihan hospital mengikut keutamaan. Kolej aku ada 10 orang jugak lar yang dapat Selangor.

Masa isi form pilihan hospital tu, aku letak Hospital Ampang, Hospital Selayang dan akhir sekali Hospital Sungai Buloh.Harapan tinggi kat Hospital Ampang tu lar. 10 minit pon tak sampai dari rumah aku okay.

Masa tunggu nama di panggil tuh berdebar-debar jantung aku jangan cakap lar. Kak Ara yang duduk sebelah aku bercerita pon aku tak dapat nak fokus dengan apa yang dia cerita tuh.

Akhirnya nama aku di panggil.
Aku bangun pergi ke hadapan dewan.
Aku senyum pada puan yang pegang surat aku tu.
" Assalamualaikum puan ".
" Walaikumussalam ".
Dia balas senyuman aku.
Dalam hati selawat tak henti-henti.
Dia hulurkan surat posting pada aku.
Aku sambut surat yang dia hulurkan terbalik ke arah bawah itu.
Memang dia nak aku pusing dan tengok sendiri hospital mana aku dapat.
Aku pusing depan-depan dia jugak surat tu.


Alhamdulillah. Hospital Ampang. Aku senyum lebar.
Puan tuh pon senyum lebar.
" Tahniah, selamat bertugas ".
" Terima kasih puan ".

Keluar je dewan tengok ibu tengah cari aku sebab dia kata dia dengar nama aku kena panggil. Aku kata aku dapat Hospital Ampang, terus ibu kata syukur sangat dan peluk aku. ^^

Lepas tuh straight terus pergi lapor diri di Hospital Ampang. Aku sorang je dari Kolej Kejururawatan Melaka yang dapat Hospital Ampang. Yang dapat Hospital Ampang semua dari kolej-kolej lain and semua ada geng. Mula-mula blur jugak tiba-tiba kena jadi pendiam dan pemalu neh. Nasib lar semuanya okay dan peramah. Cepat aku dapat kawan. Heheh.


Wad mana tak tahu lagi sebab still dalam orientation week. Tapi ada buat pre-test and isi form wad mana yang kita nak. Okay, aku taknak bagitahu kat sini aku nak wad mana sebab takut tak dapat wad tuh. Huhuh.

Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

03 August 2011

Name stamp dah siap!

Hye all.

Name stamp saya dah siap. Tadaa~



Well, banyak preparation dah settle untuk memulakan tugas di KKM 8 ogos neh.

Uniform [x]
Tudung staff nurse [x]
White shoes [x]
Stokin [x]
Stationery [x]
Name stamp [x]
Cuci gambar staff nurse [ ]
Photostate semua borang-borang [ ]
Packing! [ ]

Cuci gambar tuh esok. Photostate borang-borang sabtu neh kat office ibu (sebab free). And packing either sabtu malam or ahad. 

Okay guys, wish me goodluck to start my job as a staff nurse u29.

Bubye.

hugsNkisses,
Wani.

01 August 2011

Ramadhanku yang ke-21.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh..

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Ini ramadhan yang ke 21 aku lalui sepanjang hidupku. Siapa sangka kan aku sempat sampai ramadhanku yang ke 21.

Kadang-kala perkara-perkara kecil sebegini kita tidak nampak. Manusia selalu sibuk mengeluh tentang perkara-perkara besar yang mereka tak kecapi. Kenapa aku tak dapat rumah besar? Kenapa aku tak dapat kereta besar? Kenapa aku tak dapat boyfriend/girlfriend besar?

Seharusnya kita luaskan lagi hati kita untuk melihat nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah s.w.t pada kita. Seperti sekarang, mari kita bersyukur kerana kita di beri peluang lagi sekali di dalam hidup kita untuk melalui bulan yang penuh rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya, bulan ramadhan. Alhamdulillah.

Siapa tahu apa yang akan berlaku pada kita esok, lusa tulat? Sempat ke kita melalui ramadhan yang akan datang? Wallahualam.

Jangan lupa sahur ye. Walaupun hanya segelas air kosong. =)

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Wani.