Showing posts with label ;(. Show all posts
Showing posts with label ;(. Show all posts

25 November 2012

Ubat mustajab.

Ubat mustajab adalah doa.

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan,
dan di tempat ketakutan dgn keamanan..

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tidak mahu lelap ini
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU..

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut, aku bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Amin ya robal a'lamin..

Source : LINK

12 April 2012

Batu penghalang.

Kadang-kadang ada je perkara yang menghalang aku berkelakuan rasional.

Salah satunya bila diri sendiri merajuk diri sendiri kena pujuk hati diri sendiri yang merajuk.

Apa ingat takde benda rasional lain ke yang aku boleh buat selain pujuk diri sendiri?

Benci betul.

p/s : Merajuk tu rasional.

24 October 2011

Kalau aku boleh terbang.

Pukul 5.00 pagi tadi aku dapat text message dari kakak kesayanganku. Dia beritahu dia accident. Fracture femur & fibula. SubhanaAllah. Terus aku telefon dia. 

Rasa nak nanges je dengar suara dia yang lemah semacam tu. Dia kat wad orthopedic Hospital Sultan Aminah (HSA), Johor sekarang. 

Kalaulah aku boleh terbang ke sana. T_T

Dengan Kak Dayah.
Baru 19 oktober lepas dia wall post kat fb aku. Hamaigad. I miss her.


Aku telefon kawan sekolej kami, Jannah. Dia kerja dekat HSA. Aku mintak tolong Jannah tengokkan kak Dayah. 

Tengahari tadi dapat text message dari Jannah beritahu dia dah lawat kak Dayah dan sekarang kak Dayah kena start nill by mouth (NBM) untuk buat operation masuk plat.

Dua tahun setengah di kolej jururawat menjadi housemate dan setahun setengah menjadi roomate buat kami sangat rapat.

Everything about me she knew. Dia seorang kakak yang protective. Yup, walaupun aku anak sulung dan seorang kakak, dengan dia aku jadi seorang adik.

Dia seorang pendengar dan pemberi nasihat yang sangat baik. Seorang kawan di masa susah dan senang. Kami pernah berselisih faham, dan itu buat persahabatan kami lebih kuat.

Aku doakan dia sihat walafiat. 

Nak jumpa diaaaa.. I miss you kak Dayah. ;((

29 June 2011

Pencuri yang ada steal education.

Hye all.
Terus terang aku kata kat sini aku nak ajak korang mengumpat hari neh. Jom ler jom ler jom ler. Bukan selalu pon kita mengumpat. Meh ler.

Ala. Kita bukan mengumpat siapa-siapa pon. Kita mengumpat pencuri neh. Huhuh. Dah lar, mari pendekkan cerita.

Pada hari ahad yang lepas bersamaan 26 Jun 2011, telah berlaku sesuatu yang tak pernah berlaku di antara aku dan pencuri. Kejadian berlaku di salah sebuah kedai tudung di Masjid Jamek. Takyah lar mention nama kedai tudung tuh tapi tudung-tudung kat situ memang murah giloz wa cakap lu.

Berbalik kepada pangkal jalan, tengah aku nak bayar tudung tu aku perasan lar purse kesayanganku hilang. Ya pak, beg berisi uwangnya sudah di seluk oleh pencurik ya pak. Gue yang lalai lagi alpa ini tidak sedar.

Setelah pasti dan tanpa rasa was-was lagi yang purse aku telah di curi, aku pon nak pergi buat report polis. Sambil tu aku call Maybank and BSN nak block atm card. Tapi sayang seribu kali sayang duit aku dah pon selamat di keluarkan dengan jayanya oleh sang pencuri.

Mesti pelik kan? Macamana lar pencuri tuh tahu no pin atm aku. Nampaknya pencuri itu ada 'steal education'. Dye dah banyak kali mencuri. So, dye tahu rakyat bumi neh selalu guna no ic sebagai no pin kad atm. Betul tak? Kalau betul kasi angguk itu kepala.

Dapatlah pencuri itu beberapa ratus dan puluh ringgit. Alhamdulillah aku neh bukan anak pengusaha hotel Hilton atau anak tauke restoran McD. Kalau tak meloncat-loncat pencuri tuh dapat beribu-ribu.

Tapi itu lar, duit dalam atm tu aku simpan untuk trip ke Penang bersama kawan-kawan aku 2, 3 daaan 4 julai neh. Sob sob sob..

Yang buat aku rasa terkilan dan sedih sangat-sangat ialah sebab purse kesayanganku tuh pemberian dari orang kesayanganku. Adoii. Pencuri yang baik hati, boleh tak pulangkan purse tu je. Boleh lar boleh lar..T_T






Pengajarannya ialah..
1) Kalau beli tudung, beli kat kedai lain.
2) Jangan guna no ic sebagai no pin atm.
3) Dah tahu purse hilang tu, terus je call bank untuk deactive kad atm. Jangan tunggu lama-lama.


Masa buat kad atm baru isnin lepas aku minta record pengeluaran duit dari akaun aku kat bank. Then, aku tahu yang pencuri tuh keluarkan duit aku pukul 3.32 petang. Well, u know what, aku sedar purse aku hilang pukul 3.25 petang.


Bagus kan pencuri tuh? Eh, lupa pulak. Dye kan ada steal education. *tangan didada mata keatas*


hugsNkisses,
Wani.