Showing posts with label With my girls~. Show all posts
Showing posts with label With my girls~. Show all posts

21 March 2012

Ketioman.

2 Mac 2012- 4 Mac 2012.
Kelewatan mengupdate pasal Pulau Tioman ini adalah kerana kelembapan internetku mendownload semua picture yang di hantar oleh Lubna melalui Yahoo mail. Jadi, jangan salahkan aku. Salahkan internet. Faham tak neh aku suruh salahkan internet? Bagus, faham.

Pertama kali ke Pulau Tioman telah menyakinkan aku bahawa Pulau Tioman itu terletak di Pahang. Bukan Johor. Bukan Terengganu. Ianya Pahang. Semua orang selalu confuse tentang itu. Bukan aku je. Faham tak neh bukan aku je yang selalu confuse? Bagus, faham.

Lub and Alan tukar-tukar jadi driver. Tapi Alanlah banyak berbudi jadi pemandu. Aku? Jangan biarkan aku yang baru habis kerja malam 10 jam ini memandu. Kalau bercita-cita nak ke gaung bolehlah.





Akhirnya sampai jugak kat jeti neh. Kebas habis dah punggung duduk dalam kereta. Haish. Oh ya, trip neh under Lub's father punya company. So, ada orang yang connected with company ayah Lub follow sekali trip neh. See, three Yamanis guys in the picture? From left, Sinan, Khalid and Abdillah. Diaorang dari Yaman & buat bussiness restoran arablah di Malaysia.

Setelah 4 jam berpanas punggung dalam kereta dan 2 jam dalam feri pulak akhirnya kami selamat sampai ke Pulau Tioman. East Divers adalah nama chalet kiteorang bermalam.



Oh ya. Tolong jangan jeles dengan permandangan di atas. Itulah view from our chalet. Nak bau sendiri air laut tu masin ke tak datang sendiri kat Pulau Tioman okay.

Hari pertama sampai pon dah lewat petang. After dinner kiteorang buat campfire. Main game sikit, huha huha sikit, menyanyi menyanyi sikit. Pastuh goodnight.

Esok paginya kami merendek tepi laut. Merendek tanpa handphone canggih berkamera adalah tidak sah.



Neh nampak sangat hasil karya tak bertauliah Tira.







Lepas breakfast kami siap-siap untuk snorkelling. First time snorkelling neh. Cuak plus jakun plus excitedo plus redah je la.

Muka aku yang sudah separuh masak akibat sunburn.
Best rupanya snorkelling neh. Walaupun aku rasa gayat jugak berenang dekat air 20 meter dalam tu, aku cuba control cun. Aku cuba relaks.

Corals memang cantik-cantik habaq hang. First time tengok gamat hidup depan mata. Aku sempat bagi ikan makan roti dari tangan aku. Ikan cantik-cantik takyah cerita la. Tapi ikan cantik-cantik pon gerun jugak lar sebab takut-takut ikan pirana yang datang gigit roti kat tangan aku tu.

Habis snorkelling, kitaorang jalan-jalan membeli-belah. Pokai makcik nak oi. Malamnya, kami ada BBQ. Nyummeh nyummeh.








Last day. Apa yang mampu di lakukan selain gila-gila tangkap gambar di tepi pantai? Alan mengeleng kepala tanda tidak faham keterujaan kami untuk menangkap gambar sejak hari pertama perjalanan. Jangan pedulikan dia. Faham tak neh aku suruh jangan pedulikan dia? Bagus, faham.





Our last meal before going back to Kayel. Huaa~  takmo balik Kayel..

hugsNkisses,
Wani.

07 December 2011

Dah graduate yo!

Aku di lahirkan di negeri Perak, iaitu kampung ibu aku. Membesar di negeri Selangor. Belajar nursing di negeri Melaka. Kerja di negeri Selangor. Dan konvo di negeri Perak.

Pi mai pi mai tang tu jugak. Heheh. Apa-apa pon aku bersyukur hidup ini di permudahkan. Alhamdulillah.

So, aku baru balik dari majlis konvokesyen yang aku agung-agungkan di dalam entry ini.

Majlis konvo aku berlangsung di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak. Cantik gila kolej ini. Iyolah, kolej baru kan.

Konvo aku 6 disember. Masa datang untuk reheasel 5 disember tu ibu aku tanya. "Nak beli bunga tak?"

Ibu tanya sebab semua orang beli bunga untuk melaram hari konvo nanti. Aku balas, "Boleh jugak tapi takde yang ada coklat, semua ada bunga and bear je. Takpelah kot".

Tup tup keluar je dewan perdana lepas ambil sijil diploma esoknya tu, adik aku hulur bunga yang siap ada coklat. Ibu tempah dari semalam kata adik aku. Aww~ terharu sangaatt..

My bouquet  of flower with Pooh & ferrero rocher~
With my love. Love you ibu.
My famili.
My besties~
Aaww~ Dapat kiss~
Love this picture.
Best tau konvo neh. Macam reunion pon ada. Aku dapat jumpa kak Dayah yang aku cerita dalam entry ini.
Tadaa~ Ini kak Dayah. Semangat tau datang dengan wheelchair. ^^
Best best best sangat pergi konvo. Nanti nak pergi lagi lar. Boleh?

Ariosamigos,
Wani.