Showing posts with label bridetobestory~. Show all posts
Showing posts with label bridetobestory~. Show all posts

28 February 2013

Selendang & veil nikah.

Hye all.

Agak confused memikirkan tentang selendang dan veil nikah gue neh. Baju nikah kan aku tempah so ini bermakna inner, selendang, dan veil pon haruslah carik sendiri.

First sekali kriteria inner or tudung untuk nikah aku haruslah tidak keras. Means no awning please. Contoh tudung or inner yang ber'awning' macam tudung nikah Farah AF2 neh..

Farah AF2
Memang cantik. Memang menarik. Confirm da bomb. Tapi aku tak minat sebab muka aku akan nampak lebar selebar padang golf nanti. Takmo takmo takmo. Muktamad.

Kalau muka comel pakai arabian style bolehlah try tudung nikah macam neh..

Arabic wedding

Ayu Raudhah


Tapi sayangnya muka aku akan nampak bulat sebulat bola-bola api pulak nanti. Lagilah takmo.

So, aku terfikir nak cari inner yang takde awning tapi tak lembik melekap kat dahi. Macam neh..

Modest Modish Muslimah
Inner Neck Medina

Aku dah beli dah inner Modest Modish Muslimah dan Inner Neck Medina neh. Beli dua-dua saje nak try okay ke tak. So memang dua-dua inner neh selesa dan cantik di pakai. Amat puas hati. Later baru nak decide pakai yang mana satu time akad nikah. ^^

Veil pulak.. Hurm.. With veil or without veil masa akad nikah?

If with veil, I'll go as simple as this..

Vivy Yusof

Irma Hasmie
Namee Roslan
Just plain inner with selendang and then letak veil yang ber'lace' dan bermanik tu atas kepala. Amacam?

Semua cantik-cantik. Risau apa yang di bayangkan tak menjadi. Apa-apa pon untuk semua b2b, semoga semua urusan di permudahkan oleh-Nya. Aminn...

Wani.

Mini glass jar doorgift!

Salam. Hye all.

Lama tak menulis. Rinduuuu.. Heheh. Well, kali neh aku nak update pasal wedding doorgiftku.

Setelah berbulan-bulan mencari, akhirnya jumpa jugak dengan vendor mini glass jar yang super duper murah. Yeehuu..

Mula-mula dulu nak bagi doorgift dalam mini glass macam neh,



Tapi over budget. Yang okay dengan budget terlalu kecil pulak gelasnya. Then tukar box transparent macam neh,

NZHeritage
Lepastuh aku survey la box comel-comel macam neh,

Lyssa Eshoppe

Harga boleh tahan and nampak elegan sungguh. Dah hampir muktamad dah pilih box tu. Cuma risau sebab vendor nun kat Muar. =(

Tiba-tiba muncul Lurvering.blogspot.com ntah dari mana :p yang buat promosi mini glass jar  Rm1 satu. Di ulangi, seringgit satu ye hadirin sekalian. Hohoh..



Tanpa melengahkan masa, kata sepakat dengan Mr. kaz dan ibu di capai. Semua setuju isi doorgift dalam mini glass jar yang tiut tu. ^^

Alhamdulillah. Mini glass jar dah in process. Doorgift nak isi dalam mini jar tu pon dah di book. Tapi doorgift apa takmolah reveal. Heheh.

Siapa yang berminat dengan mini glass jar neh jenguk la blog lurvering.blogspot.com. InsyaAllah akan berpuas hati dengan layanan ownernya yng baik bangat. :)

Till then.

Wani.

04 December 2012

Pencarian cincin kahwin berakhir.

Assalamualaikum..

Hati berbunga riang sebab satu lagi hal dah settle. Yeay~
Ingat mudah.com.my ke nak cari cincin kahwin neh? Tersangatlah susah u know.. =D

Mungkin sebab aku neh senang rambang mata kot. Semua cincin nampak cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb. Oleh kerana semua cincin yang aku nampak aku rasa cantik, aku buat keputusan nak carik cincin yang design nampak klasik tapi at the same time design cincin tu nampak rare. Haa.. Konon nak nampak macam cincin tu aku sorang je yang pakai di dunia neh.. *Ceh perasan.

Kedai first terjah is Diamond & Platinum kat Mid Valley. Terjah kedai neh sebab Kaz memang nak platinum ring untuk dia. Suasa memang dah out sebab mengandungi unsur-unsur emas. Tak percaya please Google okay. Silver memang cantik kalau pandai cari design tapi Kaz nak platinum jugak sebab dia nak cincin yang tahan lasak. *Macamlah kerja gali lombong timah. =P

Di sebabkan Diamond & Platinum neh memang platinum speacialist so tak heranlah design cantik-cantik bangat. Diaorang pon memang banyak couple ring untuk wedding. Ingat nak cari wedding ring kat situ jelah. Beli terus satu set dengan cincin Kaz senang cerita. Jimat sikit sebab ada diskaun for second purchase.

Tapi entahlah hati neh susah nak buat pilihan time tu. Rasanya pilih cincin kahwin inilah antara keputusan yang amat susah nak di buat dalam hidup aku. Bukan apa, nak pakai seumur hidup tuuu... Aku naklah cincin tu special. Makin di pandang, makin di sayang. Sama macam pandang suami. Tak jemu-jemu. Ceewaaah..

Kaz je yang dah pilih design cincin dia kat Diamond & Platinum time tu. Cincin yang Kaz pilih was a simple design, not too much and selesa di pakai. Tapi dia tak beli lagi cincin favourite dia tu sebab nak tunggu aku jumpa cincin pilihan hati aku dulu. Konon sweet muwet lah beli serentak kan. Hohoh..

So, kitaorang leave that place and masuk berbagai-bagai kedai lagi. Habib, Tomei, Emas Sri Pinang, Wah Chan, Poh Kong, Goldheart etc. Semua kedai neh kami masuk bukan dalam masa satu hari je tau. Berhari-hari sebenarnya proses pencarian cincin kahwin neh. Fuhh~

Then, masa kat Goldheart aku terpandang kan satu design cincin tu. Combination dua colour. Rose gold & white gold pastuh ada diamond sikit. Cantik pulak rose gold neh. Nampak klasik & rare. Just like what i want. ^^

Contoh cincin combination rose gold  & white gold. 


Contoh cincin combination rose gold & white gold.

Contoh cincin combination rose gold & platinum.

Round punya round jumpalah dua tiga cincin combination rose & white gold macam aku nak. Masa tu taknak beli lagi sebab nak balik rumah tenangkan fikiran dan tidur dulu. Taknak push hard push fast sangat beli cincin kahwin neh. Take it slowly sebab takut menyesal. Hahah..

One day tu aku dan Kaz keluar tengok Breaking Dawn part 2 kat Sunway Pyramid. Di sebabkan movie lambat lagi kitaorang pon jalan-jalan window shopping. Tiba-tiba Kaz ajak masuk Diamond & Platinum lagi. Memang aku perasan bab cincin kahwin neh Kaz nampak excited sikit walaupon luaran dia nampak cool. And yes, dia dah jatuh hati sangat kat cincin platinum dia tu.

Masuk kedai tu sajelah tinjau-tinjau cincin perempuan. Sekali aku nampak cincin yang tersangat cantik di mata aku. SubhanAllah. Memang cinta pandang pertama kat cincin tu. Bila promoter tu keluarkan cincin tu suruh aku try lagilah aku jatuh hati. Exactly like what i want!

Aku pelik kenapa sebelum neh tak nampak pon cincin tu kat Diamond & Platinum Mid Valley? Kat Diamond & Platinum Sunway Pyramid ada pulak. Then promoter tu terangkan yang cincin tu takde kat branch Diamond & Platinum yang lain. Kat Sunway Pyramid tu je satu ada. 

Aku terus mms gambar cincin tu kat ibu. Siap hantar gambar tu kat bestfrieds-bestfriends aku tanya pendapat lagi. Semua orang kata cantik. Lagi berkobar-kobar semangat aku nak beli cincin tu. Heheh..

Now, dah beli dah pon cincin tu. Ini picture our ring. Aku kasi blur sikit gambar sebab takmo hilangkan serinya nanti. Ececehh..



Kaz request engrave initials kitaorang inside cincin tu. So sweet of him <3. Tapi sepatutnya engrave tarikh nikah sekali sebab Kaz susah nak ingat tarikh. Hohoh..

Kaz, thank you so much for everything. Semoga urusan kita ini di permudahkan oleh-Nya. Aminn..

Wani. 

12 November 2012

Kursus kahwin done.

Alhamdulillah. Tadi dah pergi ambek sijil kursus kahwin dengan Kaz. Settle satu wedding checklist kitaorang. ^^



Aku pergi kursus kahwin neh 3 & 4 november lepas kat Pusat kursus kahwin Wani Pesona, Setiawangsa. At first berbelah bahagi jugak nak pilih tempat kursus kahwin neh. Bukan apa, salah pilih tertidur pulak aku dalam kelas. Kang tak pasal-pasal kena baling marker dengan ustaz penceramah. Malu dengan bakal suami gue. Hohoh..

Kebetulan beberapa hari sebelum 3 november tu kakak sepupu aku ada hantar mesej kat aku tanya dah pergi kursus kahwin ke belum. Aku kata baru nak pergi weekend tu. Then, dia suggestkan Wani Persona neh sebab dulu dia pon kursus kahwin kat situ.

Beriya-iyalah kakak sepupu aku neh kata kat situ best. Dia kata tak boring pastuh selesa. Siap suruh aku tanya husband dia kalau tak percaya cakap dia. Heheh. Then aku bukak website Wani Pesona review-review sikit, tengok lokasi, fees & tarikh aku nak pergi still available ke tak.

Pasal tarikh kursus tu takde masalah sebab kebanyakan pusat kursus kahwin boleh walk in daftar on the same day kita nak kursus. Tapi aku saja je daftar online kat website Wani Pesona lepas Kaz pon setuju nak pergi kursus kat situ.

Overall dua hari kursus kat situ memang seronok la. Seronok sebab ustaz-ustaz penceramah dia buat aku sakit pipi ketawa. Memang tak boring dan tak mengantuk langsung. Satu dewan kuliah gamat kot everytime ustaz buat lawak.

Tapi lawak-lawak ustaz-ustaz tu berilmu ye kawan-kawan. Semua tajuk dalam syllabus kursus kahwin tu di sampaikan dengan cara yang santai supaya tak boring dan peserta-peserta tak malu sangat. Nak malu apa kau tanya? Ha.. nak tau tajuk apa yang buat semua peserta perempuan tersenyum simpul dan semua peserta lelaki tersenyum lebar kena pergi kursus kahwin sendiri la ye. Hahah.

Dah dapat sijil kursus kahwin neh bolehlah settle next wedding checklist pulak. Yeehuu~

Till then,
Wani.

11 November 2012

First header dan banner.

Oleh kerana normal sleep pattern terganggu akibat kerja shift malam tiga hari, aku mula mengodek blog-blog bride to be dan ex bride to be kat Malaysia neh. Heheh..

Seronok godek blog diaorang sebab banyak info dapat. Mana nak beli wedding favor murahlah, mana nak carik wedding cake la, tudung nikah la, veil la. Lagi seronok tengok diaorang update kerajinan diaorang buat diy untuk wedding diaorang. Alahai rajinnya.. aku pon rajin jugak. Rajin tengok jela diaorang buat. Hohoh..

Actually teringin nak tampal banner bride to be kat blog hamba yang tak seberapa neh. Dah lama da ada keinginan tu. Sejak sebelum jadi bride to be neh pon dah teringin dah. Gatal kan? =P

So, carik punya carik jumpalah satu banner yang cute macam saya memenuhi kehendak. ^^


Ya, saya bride to be from Selangor yang awesome! Ada banyak banner bride to be neh mengikut negeri di reka oleh Puan Rai ex bride to be. ^^

Sebenarnya paling suka banner bride to be from Sabah & Terengganu sebab colour purple tapi nak buat macamana takkan nak berpaling tadah semata-mata warna favourite pulak. Aisey.

Alang-alang tampal banner tu aku tukar sekali semua templates dan ayout blog aku. First time buat header blog. Guna photoscape je pong. Ya, tau memang tak semegah mana header saya. Tapi takpe, still ada rasa bangga di situ. Ngehngeh.

Okaylah, ariosamigos.

Wani.


07 November 2012

Tersangat penting.

Nak tahu tak?? Taknak tahu pon aku nak bagitahu jugak yang aku terlupa benda penting. Tersangat penting. Tersangat sangat gila penting. Iaitu kasut kahwin! Baru tadi teringat masa makan Sushi King. Apa ada kena mengena Sushi King dengan kasut kahwin pon aku tak tahu. Tapi serious teringat masa makan Sushi King tadi. Dramatic betul. -_-"

Oh ya, memang butik baju pengantin yang aku sewa tu ada sediakan kasut kahwin sekali tapi di sebabkan aku neh manusia unik (taknak cakap pelik), saiz kasut aku takdak. Aku pakai saiz 4. Paling kecik yang ada kat situ ialah saiz 5. Sob sob. T_T

Dahlah first time nak pakai kasut tinggi jalan ayu-ayu berpimpinan tangan dengan suami time wedding reception tu, kang tak pasal-pasal cipta sejarah jatuh tersadung pulak. Kalau pengantin lelaki tolong sambut jadilah jugak adegan romantik  yang mendapat tepukan gemuruh semua tetamu yang melihat. Tapi buatnya pengantin lelaki sekali tepuk perutnya berkali-kali sambil ketawa terbahak-bahak tengok aku tersadung apa kejadahnya semua itu?!

Okay, stop being so emotional. Sekarang aku kena start survey kasut untuk wedding reception aku. Bukan apa, kasut yang sweet macam ini...


dan ini..


serta ini..



lebih mudah di Google daripada di beli di mana-mana kedai. Sob sob lagi sekali. T_T

Walaubagaimanapun, aku menganggap ketiadaan saiz kasut aku di butik yang menyebabkan aku kena beli kasut kahwin aku sendiri ini adalah sebagai satu hikmah yang amat besar ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ini adalah kerana :
First, aku boleh pilih design macamana yang aku nak. So, aku boleh pilih design yang tak terlalu glamour so that tak segan nak pakai balik pergi giant ke, pasar malam ke, keluar rumah buang sampah ke. (Perhatian, ini mengarut je).

Second, aku boleh pilih colour apa yang aku nak. Haa.. ini bermakna aku boleh pilih colour yang matching semua colour baju supaya sesuai di pakai semasa nikah dan resepsi. Wawawa.. what a brilliant idea! Jimat jimat.. n_n

Third, aku boleh pilih sendiri tahap ketinggian kasut tu. Ini paling aku suka sebabnya aku neh memang semulajadi gayat. Kalau tinggi sikit dari tingkat lima tu aku dah boleh pening-pening rasa nak pitam. Tapi takkan kasut setinggi bangguna lima tingkat kan? Hohoh..

Last skali, aku boleh beli kasut yang aku rasa selesa. Takdelah nanti masa wedding aku terbongkok-bongkok macam si nenek bongkok tiga mengurut kaki yang lenguh. Nanti tak pasal-pasal pengantin lelaki pon sekali kena bongkok urut kaki aku yang lenguh.. apa cer?? Heheh..

Jadi, doa-doakan la aku jumpa kasut kahwin yang sweet, simple, selesa, tak tinggi sangat sebab gayat dan yang paling penting harganya berbaloi-baloi. Heheh..

Take care.
Wani.

01 November 2012

Shopping border lace.

Well, hari tuh aku kecoh sangat pasal border lace neh sebab aku google ramai b2b kata mahal. Then dengan gagahnya aku pergi sendiri survey border lace neh. 

Mula-mula pergi survey merata Ampang neh je. Ada banyak kedai menjual alatan jahit. Situ pon banyak border lace murah-murah tapi tak banyak pilihan. Kalau boleh aku nak border lace yang lebar dan colour putih kosong sebab nanti aku nak tambah manik. 

Ada jumpa tu lebar cukup lebar dah tapi takde colour putih. Yang colour putih pulak tak selebar yang di inginkan. Bila dah jumpa yang colour putih dan cukup lebar.. meter pulak tak cukup.. Haiyaakkk..

Akhirnya, barulah aku pergi Jalan TAR survey sana pulak di temani Kaz. Mula-mula pusing la Semua House, Kedai Bunga Reben, Nagoya, Osman Silk House & Jackel. Makin pusing makin rambang pulak mata neh.

Kat Jackel cantik-cantik penuh beading bagai tapi harganya boleh buat aku tercekik. Yang kosong takde beading pon dah cecah RM120 semeter. -_-"

Akhirnya selepas penat pi mai pi mai round sana round sini lintas jalan sambil lari-lari anak, aku buat keputusan nak beli border lace kat Osman Silk House.



Masa aku beli border lace neh tengah ada off 30%. Aku beli 1.5 meter je sebab dia double sided so cukuplah untuk pergelangan tangan kiri kanan dan bawah baju. Total price for 1.5 meter border lace neh after discount RM78.75.

Bagi aku reasonable la harga tu sebab border lace yang aku survey kat tempat lain takde yang ada effect shining shining putih pearl macam yang ini. So, overall aku puas hati. n_n

Tak sabar nak hantar kat tailor dan tambah manik seperti yang di idam-idamkan. =)

Till then.

Ariosamigos,
Wani.

19 October 2012

Penyatuan jorjet crepe, songket & border lace.

Hari neh berjalan sampai ke Shah Alam nun semata-mata untuk merealisasikan impian baju nikah songketku. Fuhh~ *Lap peluh sikit.

Akhirnya songket yang di idam-idamkan jumpa jugak kat Jackel Shah Alam. Lebih kurang sama dengan corak yang aku jumpa kat Gulati's Jalan Tar hari tuh. Tapi kat Jackel neh murah lagi. Baru RM48/semeter. Berbanding kat Gulati's hari tuh RM98/semeter. Banyak giloz beza harga. Nasib masa nak beli kat Gulati's tu tak cukup meter untuk aku & Kaz, so tak jadi  beli. Kalau tak, terngangga la kiteorang berdua tengok harga kat Jackel jauh lagi murah. Mulut Kaz lagi besar terngangga sebab dia yang keluarkan duit. Heheh.. *Alhamdulillah, ada hikmahnya tak cukup meter. =)

Kaz bajet model.
Gambar atas neh gambar songket yang kat Gulati's, tapi yang beli kat Jackel neh pon lebih kurang je macam gambar tu. Kiteorang beli sekali kain jorjet crepe white colour kat Jackel untuk di jahit menjadi baju melayu Kaz & baju nikah aku. Kain songket tu? Itu just untuk samping Kaz and kain nikah aku je. Dapat bayangkan tak neh? Tak dapat bayangkan takpe, nanti aku reveal slow-slow. Heheh.. Oh, colour songket pon akan di reveal slow-slow. =D

Dah beli kain tu kiteorang malas nak buang masa memandangkan aku neh kerja susah nak cuti weekend dan Kaz pulak kerja cutinya memang weekend je. Susah nak plan keluar together-together lagi, so tadi straight terus hantar tempah kat tailor.

Kiteorang singgah kedai jahit Sri Manis kat Subang Alam. Tailor neh memang favourite tailor famili Kaz. Mula-mula ingat biar Kaz je tempah baju melayu dan samping dia kat situ. Sebab dia memang biasa tempah situ. Tapi lepas aku bagitahu design macamana yang aku nak kat baju nikah aku, kak Sarimah sangat memahami. Harga pon berbaloi-baloi. Dia siap bagi cadangan lagi beli border lace baru cantik. Suka sangat idea border lace neh. =)

Balik terus aku google pasal border lace. Haiyaak.. ramai gila kot yang DIY or beli online border lace neh sebabkan mahal. Aku neh nak kata kreatif sampai part DIY tu suam-suam air milo je. So, terpaksa jugak pergi review sendiri kedai-kedai yang jual border lace then nanti baru decide macamana.

Ada jugak blog yang jual border lace online macam narizzcollectionpearlnity dan madaboutlace. Tapi Kaz kata bahaya beli online neh sebab kalau lari sikit colour terus buruk jadinya. Okay, terus semangat nak beli border lace online down. Takmolah baju nikah sendiri burukkaannn.. T_T 

Sekarang, perlu berusaha carik border lace yang sesuai. Next week border lace hunting bermula. Tempat yang akan di terjah ialah Nagoya, Semua House dan Kedai Bunga Reben Jalan TAR. kalau tak berkenan jugak, Jackel adalah pilihan terakhir. Tempat-tempat jual border lace neh semua hasil daripada rajin membaca blog-blog bride to be yang awesome-awesome. Heheh..

p/s : Nak kahwin neh baru tahu kewujudan jorjet crepe dan border lace. -_-"


Ariosamigos,
Wani.

14 October 2012

Tradisional itu indah.

Rasa-rasa macam lama dah tak berangan. Takde masa nak berangan dah tua-tua neh. Tapi dulu-dulu waktu banyak masa berangan, aku selalu berangan tentang wedding aku. Nak theme colour apa, buat kat mana, bagi doorgift apa bla bla bla. Lantaklah time tu boyfriend pon zero. =D

Takde seorang pon perempuan di planet bumi neh yang tak pernah berangan tentang wedding day diaorang okay. Takde seorang pon. So jangan nak kata aku mengada berangan pasal hari kahwin aku sendiri. Lagipon aku berangan pasal hari kahwin aku sendiri kot. Bukan hari kahwin korang. Hohoh..

Sekarang neh bila kena prepare hal berkaitan wedding, aku perasan banyak gila benda yang lari daripada dream wedding aku dulu.. serious banyak gila.

Aku jadi tak minat dah colour A, nak colour B. Tak minat dah nak buat kat tempat A, rasa tempat B lagi cantik. Dan banyak lagi benda yang lari dari angan-angan dulu.

Now, aku rasa perkahwinan tu indah sangat kalau ada unsur-unsur tradisional melayu. Takdelah semuanya tradisional. Tapi ada unsur-unsur tradisional. Tak terlalu moden.

Teringin nak pakai songket time akad nikah. Tapi susah nak carik songket neh rupanya. Dah jumpa tak cukup meter pulak untuk aku & bakal suami. =(

Pencarian akan di teruskan. Kaz suruh settlekan baju akad nikah cepat sebab itu yang penting katanya. Nak cari kain, fikir design and tempah kat tailor lagi. Dye risau kalau tailor tak sempat nak buat kalau dekat sangat dengan tarikh kahwin baru nak tempah. *Terharu dye risau ^^

Part doorgift pon aku teringin ada unsur-unsur tradisional. Orang selalu bagi kuih tradisional macam bahulu kan? Aku pon akan bagi something like that. Tapi belum confirm nak  bagi apa lagi just dah review few kuih tradisional la. =)

Ada beberapa perkara lagi kalau boleh aku nak mantain tradisional. Nanti dah confirm aku update sini lagi. Bubye..

Look so tradisional. <3


Arios amigos.
Wani.

13 October 2012

Sudah sebati.



Sebenarnya aku neh memang ada penyakit dari zaman muda remaja (sekarang remaja dewasa). Nama penyakit tu Oral Simplex or cold sore.

Oral Simplex neh merupakan blister yang akan tumbuh kat bibir.. Haa.. then, akan akan rasa gatal & tak selesa. Bibir elok licin smooth macam model lip ice sheer colour tetiba tumbuh menatang tu takkan rasa selesa pulak ye ndak?

Sebab timbul blister neh antaranya stress, terlalu sejuk, terlalu panas, demam, hormonal changes and lain-lain lagi la. Lagi satu sebabnya jugak adalah melalui ciuman. Tapi korang jangan nak fitnah aku cium sesiapa pulak.! Hish.

So, penyakit neh memang recurrence atau akan berulang-ulang. Means dah elok pon, beberapa bulan akan jadi balik blister tu. Pastuh elok balik, pastuh jadi balik. Macam tu jela. Dah sebati dah dengan diri aku.

Dulu masa mula-mula kena mengagau jugaklah cari ibu, sekarang takde dah macam tu. Bila jadi je aku tempek la krim Acyclovir. Dua tiga hari lepas tu sembuh, itu je cara mengubati cold sore neh.

Sebenarnya aku bebel panjang lebar dari utara ke selatan tadi tu ha sebab nak bagitau yang cold sore tu tengah jadi la sekarang neh.

Kali neh aku rasa cold sore jadi sebab aku stress, panas, serabut, happy, risau, berdebar ke hulu ke hilir prepare apa yang patut untuk hari bahagia aku nanti kot.

So, lepas neh kenalah jaga emosi sikit. Takyah risau risau sangat, pening pening sangat. Takmo cold sore neh timbul saat hari bahagia tu pulak. Tak cantiks macam Scha Al Yahya la nanti. Heheh..


Arios amigos,
Wani.