Showing posts with label Misiworld~. Show all posts
Showing posts with label Misiworld~. Show all posts

07 December 2011

Dah graduate yo!

Aku di lahirkan di negeri Perak, iaitu kampung ibu aku. Membesar di negeri Selangor. Belajar nursing di negeri Melaka. Kerja di negeri Selangor. Dan konvo di negeri Perak.

Pi mai pi mai tang tu jugak. Heheh. Apa-apa pon aku bersyukur hidup ini di permudahkan. Alhamdulillah.

So, aku baru balik dari majlis konvokesyen yang aku agung-agungkan di dalam entry ini.

Majlis konvo aku berlangsung di Kolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak. Cantik gila kolej ini. Iyolah, kolej baru kan.

Konvo aku 6 disember. Masa datang untuk reheasel 5 disember tu ibu aku tanya. "Nak beli bunga tak?"

Ibu tanya sebab semua orang beli bunga untuk melaram hari konvo nanti. Aku balas, "Boleh jugak tapi takde yang ada coklat, semua ada bunga and bear je. Takpelah kot".

Tup tup keluar je dewan perdana lepas ambil sijil diploma esoknya tu, adik aku hulur bunga yang siap ada coklat. Ibu tempah dari semalam kata adik aku. Aww~ terharu sangaatt..

My bouquet  of flower with Pooh & ferrero rocher~
With my love. Love you ibu.
My famili.
My besties~
Aaww~ Dapat kiss~
Love this picture.
Best tau konvo neh. Macam reunion pon ada. Aku dapat jumpa kak Dayah yang aku cerita dalam entry ini.
Tadaa~ Ini kak Dayah. Semangat tau datang dengan wheelchair. ^^
Best best best sangat pergi konvo. Nanti nak pergi lagi lar. Boleh?

Ariosamigos,
Wani.

10 November 2011

Every nurse really need this.

Kerja di wad bukannya membesarkan punggung duduk kat kerusi tu je. Jururawat kena ke hulu ke hilir. Katil pesakit bukan kat tepi kaunter jururawat tu. Nun kat cubicle masing-masing.

Nurse call bell berbunyi je berjalanlah anda sebagai jururawat yang berhemah ke cubicle pesakit yang memanggil. Bagi ubat pon kena berjalan dari cubicle ke cubicle pesakit jugak. Bukan boleh panggil nama pesakit sorang-sorang suruh datang kaunter ambil ubat sendiri.

Tu belum kes berjalan tolak pesakit dengan strecher or wheelchair pergi buat x-ray atau tolak troli medication ambil ubat kat farmasi lagi. Phew~

Banyak berjalan buat kaki para jururawat lenguh teramat sangat. Dah lenguh satu hal. Berpotensi dapat hadiah cepu emas Poh Kong iaitu varicose veins.

Varicose veins baik punya.

Time study dekat kolej dulu kalau kaki lenguh macam tengah heret anak gajah pon aku ada cara alternatif lagi bijak untuk menghilangkan rasa sakit tu dan mengelakkan varicose veins muncul di kaki ku yang cantik seperti bunting padi ini.

Caranya ialah dengan mengantungkan kaki di besi katil bujang aku.

Macam ini. Pandainya Wani guna photoscape~
With this way I have makesure that my blood flow at my feet going back to normal. Kalau tak, seharian bekerja di wad buat pengaliran darah kat kaki tersekat. Berdiri terlalu lama buat darah tak boleh patah balik ke jantung dengan mudah kerana tarikan graviti yang menarik blood flow sentiasa menghala ke bawah. Kau faham ke tak apa aku cuba cakap neh? Ggrr~

Whatever it is, now I have a new solution. Yeayy~

Since my bed takde palang besi macam kat hostel dulu. Since dah kerja ada gaji. Since ada boyfriend yang baik hati nak belanja teman.

Kita pergi..


Foot reflexology. Benda alah neh kat Bukit Bintang. Sangatlah best wa cakap sama lu. Must try weh. Harga berpatutan, tempat theraputic, dapat green tea free, kerusi malas buat anda rasa malas nak bangun, pekerja semua hensem-hensem dan cantik-cantik.

Therapy yang sangat bagus. Aku ingat sakit lar sangat. Rupanya macam kena gigit dengan kerengga je. (Berlagak sikit).

Aku takde gambar nak share sebab aku rakam video time tu. Nak share video banyak muka Mr Kaz dari muka aku. Nanti dia pulak yang ramai peminat. So, aku malas nak upload. Hahah.

P/s : Memang Kaz yang belanja pon.

Ariosamigos,
Wani.

13 August 2011

Frust tapi suka.

Hye all.
Semalam aku baru dapat tahu aku dapat wad apa. Frust ada. Suka pon ada. Macamana tuh?

Btw, dalam list yang Ketua Penyelia Jururawat suruh tulis minat wad apa tuh aku tulis yang berikut :

1) CCU (Coronary Care Unit)
2) ICU (Intensive Care Unit)
3) Haemato ward.

Aku minat gila kat CCU. Serious. Masa praktikal kat Hospital Melaka dulu, posting wad CCU sehari je. Tapi aku semangat pergi bukak buku Medical Surgical Nursing yang 1867 mukasurat tuh sebab nak buat revision. Memang aku minat kalau bab penyakit-penyakit berkaitan dengan coronary (jantung) neh. Maybe sebab aku suka Puan Mazura. Lecturer yang ajar coronary heart disease masa kat kolej dulu.

ICU pulak aku mintak sebab cara penjagaan patients kat wad tuh sama macam CCU. Intensive. Satu staff nurse limit satu atau dua patient  je. So, bagi aku penjagaan patients tuh akan lebih sempurna. Dari A sampai Z akan terurus.

Yang third choice tuh aku dah tak tahu nak tulis apa dah sebenarnya. Emergency & Trauma Department (ETD) jangan haraplah kan. Tak minat. Baca neh kalau tak tahu kenapa aku tak minat ETD  -> hari sensitip aku.. Hohoh.

Bila dah tulis hemato ward tuh, baru aku di beritahu melalui sesi pengenalan Hospital Ampang kepada staff nurse freshie bahawa Hospital Ampang specialize dalam bidang Hematology.

Unit Hematology tuh asalnya kat HKL. Tapi di pindahkan ke Hospital Ampang. Hospital Ampang antara hospital di Malaysia yang melakukan transplant atau pemindahan stem cell. Tak semua hospital pakar dalam transplant neh. Di Malaysia, setakat neh hanya Hospital Ampang, HKL, PPUM dan HUKM sahaja hospital kerajaan yang melakukan transplant. Hospital swasta pulak Gleneagles Medical Center Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang dan Ampang Puteri KL.

Berbalik kepada wad aku posting tadi. Takkan tak dapat tangkap aku dapat wad apa? Dah membebel panjang pasal hemato ward tuh maknanya aku dapat hemato ward lar. Heheh.

At first aku rasa macam "Kenapa tak CCU???"
Then aku diam dan fikir ini yang dah di tetapkan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah ada hikmahnya. Amin.

Lagipon, posting negeri Selangor aku dah dapat, posting Hospital Ampang yang sekakang kera dari rumah aku neh pon aku dah dapat. Apalah salahnya aku terima tak dapat CCU ward kan? ^^

Semalam jugak aku sempat pergi tengok keadaan hemato ward tuh. Wad hemato ada 4 ke 5 wad kalau tak silap aku. Satu je wad hemato & transplant iaitu wad 7D.

Rezeki aku dapat wad 7D tu. Maksudnya patient aku semua pre and post transplant. Penjagaan tersangat rapi. Satu patient satu bilik. Staff nurse yang keja situ kena pakai baju biru macam kat ICU and Operation theater. Patient with transplant neh tersangatlah lemah imuniti badannya. Visitors not allowed at all. Except seorang care giver yang boleh makan, tido, terlentang, main congkak, tengok tv dalam bilik bersama-sama pesakit.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di iringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai melawat wad 7D pada 9 September 2011 yang lalu.


Cakap pasal transplant neh, aku pernah daftar sebagai donor transplant. Sini-> Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Ha, kad MMDR aku tuh dah hilang sekali dengan purse kesayangan masa kena seluk kat Masjid Jamek hari tuh. Nasib pernah tulis dalam blog peristiwa bersejarah neh. Huhuh.

Sekarang neh perasaan aku suka sangat-sangat. InsyaAllah banyak perkara baru akan aku belajar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

11 August 2011

First day KERJA.

Hye all.
Lambat aku update pasal pengalaman 1st day keja neh. Lantak lar. Lambat pon lambat. Asalkan aku update. Well, seperti yang aku pernah mention before neh, aku dapat posting negeri Selangor. Tapi nak tahu hospital mana aku posting tuh kena pergi lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dulu.

So, 8 Ogos 2011 berangkatlah aku bersama-sama ayah dan ibu tercinta ke JKN Selangor di Shah Alam. Syahir tak ikut sebab dia kena sekolah. Ini mengakibatkan aku terasa seperti anak tunggal perempuan dalam famili sepanjang perjalanan tersebut. Yes baby yes.

Anak ayah! Bye Syahir.

Anak ibu!  Bye Syahir.

Semua staff nurse yang dapat posting Selangor kena berkumpul ramai-ramai sebelum isi borang untuk letak tiga pilihan hospital mengikut keutamaan. Kolej aku ada 10 orang jugak lar yang dapat Selangor.

Masa isi form pilihan hospital tu, aku letak Hospital Ampang, Hospital Selayang dan akhir sekali Hospital Sungai Buloh.Harapan tinggi kat Hospital Ampang tu lar. 10 minit pon tak sampai dari rumah aku okay.

Masa tunggu nama di panggil tuh berdebar-debar jantung aku jangan cakap lar. Kak Ara yang duduk sebelah aku bercerita pon aku tak dapat nak fokus dengan apa yang dia cerita tuh.

Akhirnya nama aku di panggil.
Aku bangun pergi ke hadapan dewan.
Aku senyum pada puan yang pegang surat aku tu.
" Assalamualaikum puan ".
" Walaikumussalam ".
Dia balas senyuman aku.
Dalam hati selawat tak henti-henti.
Dia hulurkan surat posting pada aku.
Aku sambut surat yang dia hulurkan terbalik ke arah bawah itu.
Memang dia nak aku pusing dan tengok sendiri hospital mana aku dapat.
Aku pusing depan-depan dia jugak surat tu.


Alhamdulillah. Hospital Ampang. Aku senyum lebar.
Puan tuh pon senyum lebar.
" Tahniah, selamat bertugas ".
" Terima kasih puan ".

Keluar je dewan tengok ibu tengah cari aku sebab dia kata dia dengar nama aku kena panggil. Aku kata aku dapat Hospital Ampang, terus ibu kata syukur sangat dan peluk aku. ^^

Lepas tuh straight terus pergi lapor diri di Hospital Ampang. Aku sorang je dari Kolej Kejururawatan Melaka yang dapat Hospital Ampang. Yang dapat Hospital Ampang semua dari kolej-kolej lain and semua ada geng. Mula-mula blur jugak tiba-tiba kena jadi pendiam dan pemalu neh. Nasib lar semuanya okay dan peramah. Cepat aku dapat kawan. Heheh.


Wad mana tak tahu lagi sebab still dalam orientation week. Tapi ada buat pre-test and isi form wad mana yang kita nak. Okay, aku taknak bagitahu kat sini aku nak wad mana sebab takut tak dapat wad tuh. Huhuh.

Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

03 August 2011

Name stamp dah siap!

Hye all.

Name stamp saya dah siap. Tadaa~



Well, banyak preparation dah settle untuk memulakan tugas di KKM 8 ogos neh.

Uniform [x]
Tudung staff nurse [x]
White shoes [x]
Stokin [x]
Stationery [x]
Name stamp [x]
Cuci gambar staff nurse [ ]
Photostate semua borang-borang [ ]
Packing! [ ]

Cuci gambar tuh esok. Photostate borang-borang sabtu neh kat office ibu (sebab free). And packing either sabtu malam or ahad. 

Okay guys, wish me goodluck to start my job as a staff nurse u29.

Bubye.

hugsNkisses,
Wani.

30 May 2011

Minggu induksi.. Hoo hoo laa..

Hye all.
Alhamdulillah syukur. Akhirnya impian aku nak melawa-lawa dengan baju kurung, pakai heels jalan ketak ketuk, pin name tag macam cikgu kat kiri dada dan punch card termakbul jugak.

Haissh. Apa kau merepek neh wahai manusia bernama Wani gedik? Harharhar..

Itu baru intro lar. Sabor ye. Meh kome nak cite neh. Aku dah masuk minggu induksi ye hadirin. Sebut macam saya. INDUKSI.

Induksi tuh ialah kursus perkhidamatan yang wajib di ambil oleh semua kaki-kaki tangan-tangan awam. Maknanya banyak benda baru yang aku dan rakan-rakan aku akan belajar masa minggu induksi neh.

Antara yang kami akan belajar ialah apa hak kami sebagai kaki-kaki tangan-tangan awam, apa tindakan tatatertib yang boleh di kenakan ke atas kami, apa itu apa ini apa sana apa sini. Pendek kata semuanya apalah.

Part yang beessstnyaaaaa tentang minggu induksi ini ialah. jeng jeng jeng.. semua peserta induksi kena bergaya formal. HOHOHO. Bagi aku yang hari-hari pergi kelas pakai uniform putih, pergi kerja pakai uniform putih dan tidur pon pakai uniform putih neh memang lar excitedo lebih beb.

Tapi tak bermakna aku tak sayang kat uniform putih aku tuh ye. Jangan fitnah. Tak baik fitnah. So, minggu induksi sila pakai formal macam kerja kat office. Ala macam secretary tu, macam PA tu, macam pengurus kewangan tu, macam akauntan bank negara tu, macam project manager IBM tu. Ha, Faham dak?

Ha, macam neh ha. Name tag pin kat kiri dada ye. 
Owh, Assa memang nampak comel dalam gambar di atas. Bertambah comel sebab dye berdiri sebelah Wani comel. Heheh.

Tadi first day induksi agak best sebab berkenalan dengan jururawat pelatih tajaan KKM yang belajar kat Kolej Nilam. Dyeorang di taja oleh KKM macam kami jugak tapi bezanya belajar kat Kolej Nilam. Now, induksi dyeorang join adventure dengan kami.

Pagi-pagi kami 112 orang di pecahkan ikut 10 kumpulan kecil secara random. Kawan baik, jiran baik, adik baik, kakak baik semua di pisahkan. Lepas tuh, kena cipta logo, moto, dan sorakan kumpulan. Tidak lupa jugak kami kena present kat depan kelas ye.

Antara ahli kumpulan kecil aku. Sila abaikan gadis berbaju merah yang busy siapkan moto kumpulan tuh. ^^

Our logo. Yang dua tangan tuh tanda bergandingan tangan dalam menjalankan tugas dan memberi perawatan kepada pesakit ye. Bukan gusti lengan. Aku sekeh siapa cakap tuh gusti lengan lagi lepas neh.

Our moto. Of course nurses kena ada sifat-sifat itu. Tak perlu aku huraikan. *serious*
Itu sahaja untuk kali ini. Kalau rajin esok lusa tulat aku update lagi. Take care.

hugsNkisses
Wani.


10 May 2011

Perkara yang anda dapat lihat hanya bila nak exam.

Hye all.
Pelik tetapi benar. 



Wahwahwah. Dan dan lar kau beli kismis kan Wani. Tak cukup dengan kotak kismis kecik comel lote tuh. Hambek, besar gedabak sekali kau bantai. 

Habis exam tersungkur lar kismis tuh keseorangan dalam fridge tak di pedulikan oleh kau dah. Konon makan kismis 7 biji hari neh, time jawab exam esoknya kau ingat semua apa lecturer ajar 3 bulan lepas lar ea?


Tetiba pulak aku jadi seorang housemate yang rajin meneguk air Al-Hafiz milik Qis neh. Kalau tak, tunggu Qis tuangkan dalam cawan, bawak datang sua kat mulut neh ha baru nak minum. Tak cukup dengan tuh, Qis siap pesan, "Ang selawat dulu 3 kali."

Punyalah pemalas manja. -_-'

Bila time exam, takyah Qis tuangkan. Takyah tunggu Qis nak bawak sua kat mulut neh. Dah takyah dah. Semua buat sendiri. Bukan apa, kat botol tuh ada tulis "Untuk Minda Dan Tenaga". 


Bila nak exam jugak lar baru makan nota, minum nota, tidur nota, mandi nota, Pooh pon nota. 


Hanya bila exam dakwat highlight pen habis. Sambil baca nota, sambil menghighlight. Gantung kat baju highlight tuh kot-kot time makan ke tidur ke teringat note penting. Boleh terus bangun pergi highlight.


Ha, neh memang edisi terhad. Penuh satu badan dengan nota-nota tau. Jawab phone call dari boyfriend pon cakap dengan suara tension je, "Isk. banyak nak kena study neh.." 

Boyfriend-boyfriend pon kena lar faham time-time cengini. Bagi lar kami-kami neh sokongan emosi. Taburkanlah janji-janji manismu wahai boyfriend-boyfriend. 

Cakap je yang korang nak belanja kami pizza hut kalau lulus. Cakap je korang nak belikan Ipad2 kalau kami berusaha dengan tekun. Tak pon, cakap je nak bawak pergi AFamosa Waterworld berendam dalam air. Cakap je macam tuh. Cakap je larrr...

Cakap je biar sampai kami-kami dapat senyum macam gambar di atas tuh. Hikhik. Sorry Kak okayYus. Tercomel pulak gambar neh. =D

Alhamdulillah, final exam teori dah habis. Tinggal practical a.k.a OSCE dan LJM je lagi. Mintak-mintak kumpulan 2/2008  lulus 100%. Aminn..

hugsNkisses,
Wani.

16 January 2011

Kurangkan takut, realiti tak sekejam itu.

Hye all.
Semester 6 neh jururawat pelatih macam aku kena belajar ambil darah untuk blood investigation dan insert branula. Menatang apa branula tuh? Neh ha rupanya..

Line untuk masuk solution and ubat bagai tuh.

At first takut okeh. Bukan takut nak masukkan branula or nak inject ambil darah tapi takut nak jadi model untuk prosedur tuh. Tepat sekali kawan2, kiteorang kena berlatih kat diri sendiri dulu. Adehh. Belum inject dah sakit. Biasalah, buat kat orang takpe, jangan orang buat kat kita kan n_n. Jahat jahat. Isk3..

Aku takde takut sampai macam neh ye kawan-kawan.

Sepatutnya kena berduet masa buat prosedur neh. Kiranya aku ambil darah kau, kau ambil darah aku. Fair kan? Tapi, aku mengaku awal2. Aku sangatlah unfair. Takde siapa ambil darah aku. ^_^. 

 Bukanlah aku jahat sangat nak mengelak, tapi sebab vein aku memang payah nak cari. Hanya pakar je dapat cari. Di sebabkan semuanya baru belajar, takde siapa berani nak ambil darah aku. Yesss!! Hakhakhak (Gelak jahat).

Unfortunately, pasangan duet aku tuh pon takut orang inject dye.   -_-' Abes, aku nak practice ambil darah kat siapa?? Kena berlatih neh, kalau tak, macamana nak buat bila posting kat hospital nanti?   =((.

Akhirnya.. banyak2 terima kasih di ucapkan kepada Fasha, classmate aku. Baik sangat dye tau. Dye hulurkan tangan dye untuk aku practice ambil darah. Kiranya dua kali dye kena inject. Pasangan duet dye dan aku. Gracias Fasha. Aku siap tanya dye before ambil darah tuh,
"Awak yakin tak dengan kita neh?"
"Yakin.. yakin.. Buat je"
Gila tak kisah Fasha neh. Ayu comel pulak tuh. =)

Konon-konon dah terlepas lar nak kena inject tadi. Tengok-tengok tengahari tuh ada kempen 'Malaysian Marrow Donor Registry' (MMDR). Lepas di beri ceramah betapa pentingnya bone marrow kepada pesakit-pesakit leukemia, anaplastic anaemia dan sewaktu dengannya, aku pon daftar lar sebagai penderma. Lepas daftar sebagai penderma, darah aku di ambil untuk matchingkan dengan pesakit-pesakit yang memerlukan bone marrow. Ntah kenapa time tuh berani pulak nak hulurkan lengan sendiri untuk di ambil darah. Sebab yang ambil darah aku tuh doktor pakar kot? Heheh..

Peratus untuk bone marrow penderma matching dengan pesakit yang memerlukannya hanyalah 1 dalam sejuta je kalau takde pertalian darah. Jadi, tak semestinya esok pagi aku dah kena menderma. Boleh jadi lagi 10-20 tahun baru MMDR call aku. Pendaftaran sah sehingga anda berumur 50 tahun okay.

Bunyi memang macam GERUNN GILAA nak derma bone marrow or bahasa melayunya ialah tulang sum-sum kan? Yela wae, bone marrow tuh ialah komponen dalam tulang kot.. And komponen stem cell dalam bone marrow tuh yang nak di ambil.

Siapa tak takut. Dengar macam si penderma kena operate pastuh di gerudi untuk keluarkan tulang dye then lepas sedut stem cells guna vacuum khas, cantum balik tulang dye guna screw. Haa.. Kalau aku orang awam yang tak tahu apa-apa pasal medic pon memang aku lari bila nampak staff MMDR tuh. Hahah. Tak pasal-pasal staff dye kena.

Realitinya tidak sekejam itu ye. Wahai rakyat Malaysia sekalian, seiring dengan sains dan teknologi, inilah rupa machine untuk bone marrow transplant. Lebih kurang macam dyalisis machine. 

Mamat yang boleh tahan hensemnya neh tengah buat bone marrow transplant.

Jika korang sekalian lihat, penderma boleh menderma bone marrow mereka sambil tersenyum, terkentut, baca suratkhabar atau sambil tengok cite hindustan. Sebab memang simple je prosedur tuh. Insert branula dalam vein korang untuk keluarkan darah. Lepas menderma, 1-2 hari korang dah boleh kerja macam biasa.

Machine neh akan asingkan komponen bernama stem cells dari darah korang untuk di dermakan. Komponen-komponen selain stem cells macam red blood cells yang tak perlu di derma akan masuk balik dalam badan korang. Jangan risau, kiteorang tau membazir tuh amalan syaitan.

Stem cells yang banyaknya dalam bone marrow kan? Macamana pulak boleh ambil stem cells melalui darah dari vein je? Inilah ada sebab penderma akan di beri ubat khas untuk pastikan stem cells dalam bone marrow tadi masuk dalam darah banyak-banyak sebelum prosedur bone marrow trasplant. Faham tak? Kalau tak faham, angkat dagu. Okay, semua buat-buat faham.

Lepas mendaftar sebagai penderma, aku dapat card MMDR. Card neh boleh dapat discount sampai 50% kat ESPRIT, GUESS, FOSSIL, ANNA SUI dan.. Okay okay, aku tipu je. Card neh takde dapat discount kat mana-mana tapi tak ramai kot ada card neh. Ha.. Special sikit lar kan??

Tambah stock card lagi dalam wallet aku. Hohoh~

Owh and yes, dapat biskut Munchy's plus air kotak. Tak lupa jugak beg kecil lagi comel ini. ^_^

Tambah stok beg lagi.

So guys, kurangkan takut sebab realiti tak sekejam itu.
And tolong lar Wani, jangan gedik-gedik takut kena inject lagi. Dah masuk 21 tahun dah neh. -_-'

Sehingga menaip lagi.
Arios amigos.

hugsNkisses,
Wani.