29 June 2011

Pencuri yang ada steal education.

Hye all.
Terus terang aku kata kat sini aku nak ajak korang mengumpat hari neh. Jom ler jom ler jom ler. Bukan selalu pon kita mengumpat. Meh ler.

Ala. Kita bukan mengumpat siapa-siapa pon. Kita mengumpat pencuri neh. Huhuh. Dah lar, mari pendekkan cerita.

Pada hari ahad yang lepas bersamaan 26 Jun 2011, telah berlaku sesuatu yang tak pernah berlaku di antara aku dan pencuri. Kejadian berlaku di salah sebuah kedai tudung di Masjid Jamek. Takyah lar mention nama kedai tudung tuh tapi tudung-tudung kat situ memang murah giloz wa cakap lu.

Berbalik kepada pangkal jalan, tengah aku nak bayar tudung tu aku perasan lar purse kesayanganku hilang. Ya pak, beg berisi uwangnya sudah di seluk oleh pencurik ya pak. Gue yang lalai lagi alpa ini tidak sedar.

Setelah pasti dan tanpa rasa was-was lagi yang purse aku telah di curi, aku pon nak pergi buat report polis. Sambil tu aku call Maybank and BSN nak block atm card. Tapi sayang seribu kali sayang duit aku dah pon selamat di keluarkan dengan jayanya oleh sang pencuri.

Mesti pelik kan? Macamana lar pencuri tuh tahu no pin atm aku. Nampaknya pencuri itu ada 'steal education'. Dye dah banyak kali mencuri. So, dye tahu rakyat bumi neh selalu guna no ic sebagai no pin kad atm. Betul tak? Kalau betul kasi angguk itu kepala.

Dapatlah pencuri itu beberapa ratus dan puluh ringgit. Alhamdulillah aku neh bukan anak pengusaha hotel Hilton atau anak tauke restoran McD. Kalau tak meloncat-loncat pencuri tuh dapat beribu-ribu.

Tapi itu lar, duit dalam atm tu aku simpan untuk trip ke Penang bersama kawan-kawan aku 2, 3 daaan 4 julai neh. Sob sob sob..

Yang buat aku rasa terkilan dan sedih sangat-sangat ialah sebab purse kesayanganku tuh pemberian dari orang kesayanganku. Adoii. Pencuri yang baik hati, boleh tak pulangkan purse tu je. Boleh lar boleh lar..T_T






Pengajarannya ialah..
1) Kalau beli tudung, beli kat kedai lain.
2) Jangan guna no ic sebagai no pin atm.
3) Dah tahu purse hilang tu, terus je call bank untuk deactive kad atm. Jangan tunggu lama-lama.


Masa buat kad atm baru isnin lepas aku minta record pengeluaran duit dari akaun aku kat bank. Then, aku tahu yang pencuri tuh keluarkan duit aku pukul 3.32 petang. Well, u know what, aku sedar purse aku hilang pukul 3.25 petang.


Bagus kan pencuri tuh? Eh, lupa pulak. Dye kan ada steal education. *tangan didada mata keatas*


hugsNkisses,
Wani.

2 comments:

Atikah Balqis said...

kalau pencuri tu baca maunya dia ketawa kau mintak purse kau gtu...adeh.....

nrhzwani said...

Qis : Serious aku nak purse aku balik.