14 November 2012

Cerita kasut kahwin.

Hari tuh jalan-jalan dekat One Utama shopping mall. Alang-alang tu saja jelah round butik-butik kasut kat situ. Tapi takdelah round semua sebab baru masuk enam butik kaki dah rasa macam kena hempap dengan kayu balak. Dah tua ke neh? Oh no!

So, aku masuklah butik kasut U.R.S & Inc, Lewre, Nine west, Vincci, Nose, Tangs. Yang neh je aku ingat aku ada terjah. Aku masuk untuk window shopping je. Nak tengok design kasut, range harga dan kasut tu selesa ke tak. Kalau betul aku berkenan sampai tak boleh tidur malam teringatkan kasut tu barulah aku pergi sana balik dan beli. Bagus tak idea?

Lepas masuk butik-butik kasut tu baru aku tau sesetengah butik kasut memang sediakan 'bridal shoes collection'. Tapi butik Vincci dan Nose takdelah 'bridal shoe collection' neh. Cantik giloz sebenarnya 'bridal shoes collection' diaorang tu. Harga pon boleh tahan dari RM150-RM300. So, sesiapa yang memang ada duit tapi rasa leceh tempah-tempah kasut kahwin neh boleh pergi butik-butik kasut yang jual 'bridal shoe collection tu. Harga lebih kurang sama dengan tempah new wedding shoe. ^^

Collection wedding shoe diaorang memang superb. Kebanyakan colour putih  tapi ada jugak sesetengah warna cream & beige. And diaorang memang design ala-ala kasut Puteri Cinderella kot. Bila beli kasut ternama neh secara tak langsung kualiti pon ternama la ye ndak? Kira memang puas hatilah melabur.

Aku terhingin jugak nak beli kasut macamtuh tapi aku neh cerewet sikit. Ada yang aku rasa cantik, terlalu tinggi la pulaks untuk aku yang gayat neh. Ada yang sedang-sedang tinggi tak cantik pulak kat mata aku. Sooo cerewet. Jadi, memang aku kena mula survey kasut kahwin dari sekarang. Takut nanti carik last minit semua aku takmo beli last-last pakai iPANEMA Gisele Bundchen purple aku tu je masa sanding.. hohoh.

Btw, siapa yang berani dan jenis suka beli online, boleh try bridal shoes collection kat Zalora. =)

Till then,
Wani.

2 comments:

EZAN IDMA said...

pehhhh nak kawen dh yee. hehe

Hazwani said...

Ezan Idma : Ye.. Hohoh..