06 January 2011

Final sem duhh..

Hye all.
Dah hampir 2 minggu kuliah aku start. Bermakna dah 2 minggu jugak aku masuk final semester. Semester 6. Banyak giloz assingment. Kena buat short note topik sem2 lepas lagi, kena buat contoh2 soalan yang selalu keluar exam berserta skema jawapannya lagi, assingment untuk topik sem neh lagi. Adeh. Memang banyak. Sabor je lar. Lumrah student Wani oii..

Lepas tuh kena isi pelbagai jenis borang pulak dahh. Borang nak menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Exam LJM neh memang setiap bakal jururawat kena ambek untuk di iktiraf sebagai jururawat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Okay, macam biasa lar. Semua borang2 neh perlu di sertakan dengan photostate sijil2, i/c dan surat beranak bagai. Nasib dah photostate awal2 dulu. Kurang satu kerja aku. Fuhh..

Tidak lupa jugak borang penempatan lepas bekerja nanti. Borang neh pulak semua bakal jururawat macam aku boleh letak 3 negeri pilihan nak kerja kat mana lepas graduate nanti. Tapi tak semestinya anda akan dapat apa yang anda pilih tuh ye. Di ingatkan sekeras-kerasnya. So, nanti kalau tak dapat negeri pilihan tuh jangan lar frust menonggeng.

Time neh lar semua pakat letak nama suami terchenta dan tunang tersayang kat borang tuh sebagai reason kukuh untuk dapatkan kerja kat hospital negeri pilihan hati masing2. Yang tak bertunang tuh, cepat2 bertunang time cuti semester hari tuh. Kikiki. Takde lar. Dyeorg memang dah rancang nak bertunang, bukan sebab borang penempatan neh ye. Macam apa je kalau mak tanya,
"Kenapa nak bertunang dengan si polan?"
"Sebab nak isi borang penempatan tempat kerja lepas graduate nanti"
-_-'

Aku pulak? Letak negeri mana ye? Hurm.. Sabah, Sarawak dengan Pulau Pinang. Hohoh. Memang matlamat nak holiday tuh bukan nak kerja. =D

Berani gila Nur Hazwani nak letak tiga negeri tuh kan. Mahu kena sekeh dengan ibu terchenta? Tak lar. Aku letak Brunei, Dublin and Korea je. Hakhakhak. Negeri lar mangkaq, bukan negara. Bertuah Wani oi nak dapat kerja kat sana. Tolong jangan perasan lar wae!

Sudah2. Merepek je kerja. Btw, junior aku yang intake baru2 neh bagus sangat. Memang berbuih mulut aku jawab salam yang dyeorang bagi tiap kali jumpa. Tapi tuh tak bermakan junior2 yang sebelum neh tak bagus ye. Lebih kurang je semua. Keep it up the good attitude girls. Wee~

Detik2 neh di rakamkan selepas sesi tangkap gambar pasport untuk staff nurse nanti. Muka nampak sgt2 matured dengan line biru atas kepala tuh kan? kan? kan? =)


Okay lar. Sampai sini sahaja aku membebel. InsyaAllah ada masa aku sambung bebel.
Arios amigos.

hugsNkisses,
Wani.

No comments: