30 May 2011

Minggu induksi.. Hoo hoo laa..

Hye all.
Alhamdulillah syukur. Akhirnya impian aku nak melawa-lawa dengan baju kurung, pakai heels jalan ketak ketuk, pin name tag macam cikgu kat kiri dada dan punch card termakbul jugak.

Haissh. Apa kau merepek neh wahai manusia bernama Wani gedik? Harharhar..

Itu baru intro lar. Sabor ye. Meh kome nak cite neh. Aku dah masuk minggu induksi ye hadirin. Sebut macam saya. INDUKSI.

Induksi tuh ialah kursus perkhidamatan yang wajib di ambil oleh semua kaki-kaki tangan-tangan awam. Maknanya banyak benda baru yang aku dan rakan-rakan aku akan belajar masa minggu induksi neh.

Antara yang kami akan belajar ialah apa hak kami sebagai kaki-kaki tangan-tangan awam, apa tindakan tatatertib yang boleh di kenakan ke atas kami, apa itu apa ini apa sana apa sini. Pendek kata semuanya apalah.

Part yang beessstnyaaaaa tentang minggu induksi ini ialah. jeng jeng jeng.. semua peserta induksi kena bergaya formal. HOHOHO. Bagi aku yang hari-hari pergi kelas pakai uniform putih, pergi kerja pakai uniform putih dan tidur pon pakai uniform putih neh memang lar excitedo lebih beb.

Tapi tak bermakna aku tak sayang kat uniform putih aku tuh ye. Jangan fitnah. Tak baik fitnah. So, minggu induksi sila pakai formal macam kerja kat office. Ala macam secretary tu, macam PA tu, macam pengurus kewangan tu, macam akauntan bank negara tu, macam project manager IBM tu. Ha, Faham dak?

Ha, macam neh ha. Name tag pin kat kiri dada ye. 
Owh, Assa memang nampak comel dalam gambar di atas. Bertambah comel sebab dye berdiri sebelah Wani comel. Heheh.

Tadi first day induksi agak best sebab berkenalan dengan jururawat pelatih tajaan KKM yang belajar kat Kolej Nilam. Dyeorang di taja oleh KKM macam kami jugak tapi bezanya belajar kat Kolej Nilam. Now, induksi dyeorang join adventure dengan kami.

Pagi-pagi kami 112 orang di pecahkan ikut 10 kumpulan kecil secara random. Kawan baik, jiran baik, adik baik, kakak baik semua di pisahkan. Lepas tuh, kena cipta logo, moto, dan sorakan kumpulan. Tidak lupa jugak kami kena present kat depan kelas ye.

Antara ahli kumpulan kecil aku. Sila abaikan gadis berbaju merah yang busy siapkan moto kumpulan tuh. ^^

Our logo. Yang dua tangan tuh tanda bergandingan tangan dalam menjalankan tugas dan memberi perawatan kepada pesakit ye. Bukan gusti lengan. Aku sekeh siapa cakap tuh gusti lengan lagi lepas neh.

Our moto. Of course nurses kena ada sifat-sifat itu. Tak perlu aku huraikan. *serious*
Itu sahaja untuk kali ini. Kalau rajin esok lusa tulat aku update lagi. Take care.

hugsNkisses
Wani.


No comments: