10 May 2011

Perkara yang anda dapat lihat hanya bila nak exam.

Hye all.
Pelik tetapi benar. 



Wahwahwah. Dan dan lar kau beli kismis kan Wani. Tak cukup dengan kotak kismis kecik comel lote tuh. Hambek, besar gedabak sekali kau bantai. 

Habis exam tersungkur lar kismis tuh keseorangan dalam fridge tak di pedulikan oleh kau dah. Konon makan kismis 7 biji hari neh, time jawab exam esoknya kau ingat semua apa lecturer ajar 3 bulan lepas lar ea?


Tetiba pulak aku jadi seorang housemate yang rajin meneguk air Al-Hafiz milik Qis neh. Kalau tak, tunggu Qis tuangkan dalam cawan, bawak datang sua kat mulut neh ha baru nak minum. Tak cukup dengan tuh, Qis siap pesan, "Ang selawat dulu 3 kali."

Punyalah pemalas manja. -_-'

Bila time exam, takyah Qis tuangkan. Takyah tunggu Qis nak bawak sua kat mulut neh. Dah takyah dah. Semua buat sendiri. Bukan apa, kat botol tuh ada tulis "Untuk Minda Dan Tenaga". 


Bila nak exam jugak lar baru makan nota, minum nota, tidur nota, mandi nota, Pooh pon nota. 


Hanya bila exam dakwat highlight pen habis. Sambil baca nota, sambil menghighlight. Gantung kat baju highlight tuh kot-kot time makan ke tidur ke teringat note penting. Boleh terus bangun pergi highlight.


Ha, neh memang edisi terhad. Penuh satu badan dengan nota-nota tau. Jawab phone call dari boyfriend pon cakap dengan suara tension je, "Isk. banyak nak kena study neh.." 

Boyfriend-boyfriend pon kena lar faham time-time cengini. Bagi lar kami-kami neh sokongan emosi. Taburkanlah janji-janji manismu wahai boyfriend-boyfriend. 

Cakap je yang korang nak belanja kami pizza hut kalau lulus. Cakap je korang nak belikan Ipad2 kalau kami berusaha dengan tekun. Tak pon, cakap je nak bawak pergi AFamosa Waterworld berendam dalam air. Cakap je macam tuh. Cakap je larrr...

Cakap je biar sampai kami-kami dapat senyum macam gambar di atas tuh. Hikhik. Sorry Kak okayYus. Tercomel pulak gambar neh. =D

Alhamdulillah, final exam teori dah habis. Tinggal practical a.k.a OSCE dan LJM je lagi. Mintak-mintak kumpulan 2/2008  lulus 100%. Aminn..

hugsNkisses,
Wani.

4 comments:

Hazel said...

hahahaha...sengal la kau ni Wani oiiii.....penat aku senyum sorang meroyan...

Kaz said...

Bleh nye, tade hal lar. Mana je u nak pergi i bawak. Main layang2 pun bleh. Asal jawab exam betul2, and jangan gigil tangan bile suntik picagari.

Hazwani said...

Qis aka Hazel, siapa suruh ang sangkut highlight pen baik punya kat baju mcmtuh. Hohoh.

Kaz : Aloh. Susahnya permintaan u tuh. Tak dpt pergi main layang2 lar kalau mcm tuh. XP

wann said...

hehehehe..lawak gak bace..sengal2 :P