11 August 2011

First day KERJA.

Hye all.
Lambat aku update pasal pengalaman 1st day keja neh. Lantak lar. Lambat pon lambat. Asalkan aku update. Well, seperti yang aku pernah mention before neh, aku dapat posting negeri Selangor. Tapi nak tahu hospital mana aku posting tuh kena pergi lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dulu.

So, 8 Ogos 2011 berangkatlah aku bersama-sama ayah dan ibu tercinta ke JKN Selangor di Shah Alam. Syahir tak ikut sebab dia kena sekolah. Ini mengakibatkan aku terasa seperti anak tunggal perempuan dalam famili sepanjang perjalanan tersebut. Yes baby yes.

Anak ayah! Bye Syahir.

Anak ibu!  Bye Syahir.

Semua staff nurse yang dapat posting Selangor kena berkumpul ramai-ramai sebelum isi borang untuk letak tiga pilihan hospital mengikut keutamaan. Kolej aku ada 10 orang jugak lar yang dapat Selangor.

Masa isi form pilihan hospital tu, aku letak Hospital Ampang, Hospital Selayang dan akhir sekali Hospital Sungai Buloh.Harapan tinggi kat Hospital Ampang tu lar. 10 minit pon tak sampai dari rumah aku okay.

Masa tunggu nama di panggil tuh berdebar-debar jantung aku jangan cakap lar. Kak Ara yang duduk sebelah aku bercerita pon aku tak dapat nak fokus dengan apa yang dia cerita tuh.

Akhirnya nama aku di panggil.
Aku bangun pergi ke hadapan dewan.
Aku senyum pada puan yang pegang surat aku tu.
" Assalamualaikum puan ".
" Walaikumussalam ".
Dia balas senyuman aku.
Dalam hati selawat tak henti-henti.
Dia hulurkan surat posting pada aku.
Aku sambut surat yang dia hulurkan terbalik ke arah bawah itu.
Memang dia nak aku pusing dan tengok sendiri hospital mana aku dapat.
Aku pusing depan-depan dia jugak surat tu.


Alhamdulillah. Hospital Ampang. Aku senyum lebar.
Puan tuh pon senyum lebar.
" Tahniah, selamat bertugas ".
" Terima kasih puan ".

Keluar je dewan tengok ibu tengah cari aku sebab dia kata dia dengar nama aku kena panggil. Aku kata aku dapat Hospital Ampang, terus ibu kata syukur sangat dan peluk aku. ^^

Lepas tuh straight terus pergi lapor diri di Hospital Ampang. Aku sorang je dari Kolej Kejururawatan Melaka yang dapat Hospital Ampang. Yang dapat Hospital Ampang semua dari kolej-kolej lain and semua ada geng. Mula-mula blur jugak tiba-tiba kena jadi pendiam dan pemalu neh. Nasib lar semuanya okay dan peramah. Cepat aku dapat kawan. Heheh.


Wad mana tak tahu lagi sebab still dalam orientation week. Tapi ada buat pre-test and isi form wad mana yang kita nak. Okay, aku taknak bagitahu kat sini aku nak wad mana sebab takut tak dapat wad tuh. Huhuh.

Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

5 comments:

Miss F said...

slm...tahniah coz dh jd nurse..anywhere hepi working..i'm also staff nurse dh msuk setahun lebih..gud luck

**jd staff nurse ni xsme mcm kte blaja dulo..tanggungjwb kte sendri kna pikul...
gud luck k...

Hazwani said...

Yup2. Selalu igt pesan akak. Terima kasih. =)

af_fa said...

salam.. senior,
hospital ampang ade kosong x?
klu org mtk agak2 dpt x erk?

Hazwani said...

af_fa : X sure lar dik. Tp try je la mintak. Usually mmg dye akan anta kat setiap hsptl staff nurse baru. =)
Semoga berjaya.

cathenclox said...

Hai.. Awk pegi sndiri ke hosp ampang tu?