13 August 2011

Frust tapi suka.

Hye all.
Semalam aku baru dapat tahu aku dapat wad apa. Frust ada. Suka pon ada. Macamana tuh?

Btw, dalam list yang Ketua Penyelia Jururawat suruh tulis minat wad apa tuh aku tulis yang berikut :

1) CCU (Coronary Care Unit)
2) ICU (Intensive Care Unit)
3) Haemato ward.

Aku minat gila kat CCU. Serious. Masa praktikal kat Hospital Melaka dulu, posting wad CCU sehari je. Tapi aku semangat pergi bukak buku Medical Surgical Nursing yang 1867 mukasurat tuh sebab nak buat revision. Memang aku minat kalau bab penyakit-penyakit berkaitan dengan coronary (jantung) neh. Maybe sebab aku suka Puan Mazura. Lecturer yang ajar coronary heart disease masa kat kolej dulu.

ICU pulak aku mintak sebab cara penjagaan patients kat wad tuh sama macam CCU. Intensive. Satu staff nurse limit satu atau dua patient  je. So, bagi aku penjagaan patients tuh akan lebih sempurna. Dari A sampai Z akan terurus.

Yang third choice tuh aku dah tak tahu nak tulis apa dah sebenarnya. Emergency & Trauma Department (ETD) jangan haraplah kan. Tak minat. Baca neh kalau tak tahu kenapa aku tak minat ETD  -> hari sensitip aku.. Hohoh.

Bila dah tulis hemato ward tuh, baru aku di beritahu melalui sesi pengenalan Hospital Ampang kepada staff nurse freshie bahawa Hospital Ampang specialize dalam bidang Hematology.

Unit Hematology tuh asalnya kat HKL. Tapi di pindahkan ke Hospital Ampang. Hospital Ampang antara hospital di Malaysia yang melakukan transplant atau pemindahan stem cell. Tak semua hospital pakar dalam transplant neh. Di Malaysia, setakat neh hanya Hospital Ampang, HKL, PPUM dan HUKM sahaja hospital kerajaan yang melakukan transplant. Hospital swasta pulak Gleneagles Medical Center Pulau Pinang, Lam Wah Ee Hospital Pulau Pinang, Sime Darby Medical Center Subang dan Ampang Puteri KL.

Berbalik kepada wad aku posting tadi. Takkan tak dapat tangkap aku dapat wad apa? Dah membebel panjang pasal hemato ward tuh maknanya aku dapat hemato ward lar. Heheh.

At first aku rasa macam "Kenapa tak CCU???"
Then aku diam dan fikir ini yang dah di tetapkan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah ada hikmahnya. Amin.

Lagipon, posting negeri Selangor aku dah dapat, posting Hospital Ampang yang sekakang kera dari rumah aku neh pon aku dah dapat. Apalah salahnya aku terima tak dapat CCU ward kan? ^^

Semalam jugak aku sempat pergi tengok keadaan hemato ward tuh. Wad hemato ada 4 ke 5 wad kalau tak silap aku. Satu je wad hemato & transplant iaitu wad 7D.

Rezeki aku dapat wad 7D tu. Maksudnya patient aku semua pre and post transplant. Penjagaan tersangat rapi. Satu patient satu bilik. Staff nurse yang keja situ kena pakai baju biru macam kat ICU and Operation theater. Patient with transplant neh tersangatlah lemah imuniti badannya. Visitors not allowed at all. Except seorang care giver yang boleh makan, tido, terlentang, main congkak, tengok tv dalam bilik bersama-sama pesakit.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di iringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai melawat wad 7D pada 9 September 2011 yang lalu.


Cakap pasal transplant neh, aku pernah daftar sebagai donor transplant. Sini-> Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Ha, kad MMDR aku tuh dah hilang sekali dengan purse kesayangan masa kena seluk kat Masjid Jamek hari tuh. Nasib pernah tulis dalam blog peristiwa bersejarah neh. Huhuh.

Sekarang neh perasaan aku suka sangat-sangat. InsyaAllah banyak perkara baru akan aku belajar. Amin.

hugsNkisses,
Wani.

No comments: