01 August 2011

Ramadhanku yang ke-21.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh..

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Ini ramadhan yang ke 21 aku lalui sepanjang hidupku. Siapa sangka kan aku sempat sampai ramadhanku yang ke 21.

Kadang-kala perkara-perkara kecil sebegini kita tidak nampak. Manusia selalu sibuk mengeluh tentang perkara-perkara besar yang mereka tak kecapi. Kenapa aku tak dapat rumah besar? Kenapa aku tak dapat kereta besar? Kenapa aku tak dapat boyfriend/girlfriend besar?

Seharusnya kita luaskan lagi hati kita untuk melihat nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah s.w.t pada kita. Seperti sekarang, mari kita bersyukur kerana kita di beri peluang lagi sekali di dalam hidup kita untuk melalui bulan yang penuh rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya, bulan ramadhan. Alhamdulillah.

Siapa tahu apa yang akan berlaku pada kita esok, lusa tulat? Sempat ke kita melalui ramadhan yang akan datang? Wallahualam.

Jangan lupa sahur ye. Walaupun hanya segelas air kosong. =)

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Wani.

No comments: