Kelewatan mengupdate pasal Pulau Tioman ini adalah kerana kelembapan internetku mendownload semua picture yang di hantar oleh Lubna melalui Yahoo mail. Jadi, jangan salahkan aku. Salahkan internet. Faham tak neh aku suruh salahkan internet? Bagus, faham.
Pertama kali ke Pulau Tioman telah menyakinkan aku bahawa Pulau Tioman itu terletak di Pahang. Bukan Johor. Bukan Terengganu. Ianya Pahang. Semua orang selalu confuse tentang itu. Bukan aku je. Faham tak neh bukan aku je yang selalu confuse? Bagus, faham.
Lub and Alan tukar-tukar jadi driver. Tapi Alanlah banyak berbudi jadi pemandu. Aku? Jangan biarkan aku yang baru habis kerja malam 10 jam ini memandu. Kalau bercita-cita nak ke gaung bolehlah.
Akhirnya sampai jugak kat jeti neh. Kebas habis dah punggung duduk dalam kereta. Haish. Oh ya, trip neh under Lub's father punya company. So, ada orang yang connected with company ayah Lub follow sekali trip neh. See, three Yamanis guys in the picture? From left, Sinan, Khalid and Abdillah. Diaorang dari Yaman & buat bussiness restoran arablah di Malaysia.
Oh ya. Tolong jangan jeles dengan permandangan di atas. Itulah view from our chalet. Nak bau sendiri air laut tu masin ke tak datang sendiri kat Pulau Tioman okay.
Hari pertama sampai pon dah lewat petang. After dinner kiteorang buat campfire. Main game sikit, huha huha sikit, menyanyi menyanyi sikit. Pastuh goodnight.
Esok paginya kami merendek tepi laut. Merendek tanpa handphone canggih berkamera adalah tidak sah.
Neh nampak sangat hasil karya tak bertauliah Tira. |
Muka aku yang sudah separuh masak akibat sunburn. |
Corals memang cantik-cantik habaq hang. First time tengok gamat hidup depan mata. Aku sempat bagi ikan makan roti dari tangan aku. Ikan cantik-cantik takyah cerita la. Tapi ikan cantik-cantik pon gerun jugak lar sebab takut-takut ikan pirana yang datang gigit roti kat tangan aku tu.
Habis snorkelling, kitaorang jalan-jalan membeli-belah. Pokai makcik nak oi. Malamnya, kami ada BBQ. Nyummeh nyummeh.
Last day. Apa yang mampu di lakukan selain gila-gila tangkap gambar di tepi pantai? Alan mengeleng kepala tanda tidak faham keterujaan kami untuk menangkap gambar sejak hari pertama perjalanan. Jangan pedulikan dia. Faham tak neh aku suruh jangan pedulikan dia? Bagus, faham.
Our last meal before going back to Kayel. Huaa~ takmo balik Kayel.. |
hugsNkisses,
Wani.
No comments:
Post a Comment