19 October 2012

Penyatuan jorjet crepe, songket & border lace.

Hari neh berjalan sampai ke Shah Alam nun semata-mata untuk merealisasikan impian baju nikah songketku. Fuhh~ *Lap peluh sikit.

Akhirnya songket yang di idam-idamkan jumpa jugak kat Jackel Shah Alam. Lebih kurang sama dengan corak yang aku jumpa kat Gulati's Jalan Tar hari tuh. Tapi kat Jackel neh murah lagi. Baru RM48/semeter. Berbanding kat Gulati's hari tuh RM98/semeter. Banyak giloz beza harga. Nasib masa nak beli kat Gulati's tu tak cukup meter untuk aku & Kaz, so tak jadi  beli. Kalau tak, terngangga la kiteorang berdua tengok harga kat Jackel jauh lagi murah. Mulut Kaz lagi besar terngangga sebab dia yang keluarkan duit. Heheh.. *Alhamdulillah, ada hikmahnya tak cukup meter. =)

Kaz bajet model.
Gambar atas neh gambar songket yang kat Gulati's, tapi yang beli kat Jackel neh pon lebih kurang je macam gambar tu. Kiteorang beli sekali kain jorjet crepe white colour kat Jackel untuk di jahit menjadi baju melayu Kaz & baju nikah aku. Kain songket tu? Itu just untuk samping Kaz and kain nikah aku je. Dapat bayangkan tak neh? Tak dapat bayangkan takpe, nanti aku reveal slow-slow. Heheh.. Oh, colour songket pon akan di reveal slow-slow. =D

Dah beli kain tu kiteorang malas nak buang masa memandangkan aku neh kerja susah nak cuti weekend dan Kaz pulak kerja cutinya memang weekend je. Susah nak plan keluar together-together lagi, so tadi straight terus hantar tempah kat tailor.

Kiteorang singgah kedai jahit Sri Manis kat Subang Alam. Tailor neh memang favourite tailor famili Kaz. Mula-mula ingat biar Kaz je tempah baju melayu dan samping dia kat situ. Sebab dia memang biasa tempah situ. Tapi lepas aku bagitahu design macamana yang aku nak kat baju nikah aku, kak Sarimah sangat memahami. Harga pon berbaloi-baloi. Dia siap bagi cadangan lagi beli border lace baru cantik. Suka sangat idea border lace neh. =)

Balik terus aku google pasal border lace. Haiyaak.. ramai gila kot yang DIY or beli online border lace neh sebabkan mahal. Aku neh nak kata kreatif sampai part DIY tu suam-suam air milo je. So, terpaksa jugak pergi review sendiri kedai-kedai yang jual border lace then nanti baru decide macamana.

Ada jugak blog yang jual border lace online macam narizzcollectionpearlnity dan madaboutlace. Tapi Kaz kata bahaya beli online neh sebab kalau lari sikit colour terus buruk jadinya. Okay, terus semangat nak beli border lace online down. Takmolah baju nikah sendiri burukkaannn.. T_T 

Sekarang, perlu berusaha carik border lace yang sesuai. Next week border lace hunting bermula. Tempat yang akan di terjah ialah Nagoya, Semua House dan Kedai Bunga Reben Jalan TAR. kalau tak berkenan jugak, Jackel adalah pilihan terakhir. Tempat-tempat jual border lace neh semua hasil daripada rajin membaca blog-blog bride to be yang awesome-awesome. Heheh..

p/s : Nak kahwin neh baru tahu kewujudan jorjet crepe dan border lace. -_-"


Ariosamigos,
Wani.

4 comments:

Kuun said...

yeayyy! ta sabar la plak na makan nasi minyak! XD

Hazwani said...

Kuun : Iwan, Sbr sbhgn dr iman. =D

ct cucubi said...

saya pon plan nak buat songket dan chiffon.. suke tgk diana daniel pakai ms nikah tu gabung2 kain moden dan tradisional. tgh survey2 songket yg cantik tp affordable.. hsusahnya nak cr sbb tunang dok jauh..

Hazwani said...

ct cucubi : Yup. Setuju sgt. Serius cantik gabung songket n chiffon neh. I carik songket meter kat Jackel Shah Alam. Harga pon boleh tahan. Try la carik kat sana dear. =)