07 November 2012

Tersangat penting.

Nak tahu tak?? Taknak tahu pon aku nak bagitahu jugak yang aku terlupa benda penting. Tersangat penting. Tersangat sangat gila penting. Iaitu kasut kahwin! Baru tadi teringat masa makan Sushi King. Apa ada kena mengena Sushi King dengan kasut kahwin pon aku tak tahu. Tapi serious teringat masa makan Sushi King tadi. Dramatic betul. -_-"

Oh ya, memang butik baju pengantin yang aku sewa tu ada sediakan kasut kahwin sekali tapi di sebabkan aku neh manusia unik (taknak cakap pelik), saiz kasut aku takdak. Aku pakai saiz 4. Paling kecik yang ada kat situ ialah saiz 5. Sob sob. T_T

Dahlah first time nak pakai kasut tinggi jalan ayu-ayu berpimpinan tangan dengan suami time wedding reception tu, kang tak pasal-pasal cipta sejarah jatuh tersadung pulak. Kalau pengantin lelaki tolong sambut jadilah jugak adegan romantik  yang mendapat tepukan gemuruh semua tetamu yang melihat. Tapi buatnya pengantin lelaki sekali tepuk perutnya berkali-kali sambil ketawa terbahak-bahak tengok aku tersadung apa kejadahnya semua itu?!

Okay, stop being so emotional. Sekarang aku kena start survey kasut untuk wedding reception aku. Bukan apa, kasut yang sweet macam ini...


dan ini..


serta ini..



lebih mudah di Google daripada di beli di mana-mana kedai. Sob sob lagi sekali. T_T

Walaubagaimanapun, aku menganggap ketiadaan saiz kasut aku di butik yang menyebabkan aku kena beli kasut kahwin aku sendiri ini adalah sebagai satu hikmah yang amat besar ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ini adalah kerana :
First, aku boleh pilih design macamana yang aku nak. So, aku boleh pilih design yang tak terlalu glamour so that tak segan nak pakai balik pergi giant ke, pasar malam ke, keluar rumah buang sampah ke. (Perhatian, ini mengarut je).

Second, aku boleh pilih colour apa yang aku nak. Haa.. ini bermakna aku boleh pilih colour yang matching semua colour baju supaya sesuai di pakai semasa nikah dan resepsi. Wawawa.. what a brilliant idea! Jimat jimat.. n_n

Third, aku boleh pilih sendiri tahap ketinggian kasut tu. Ini paling aku suka sebabnya aku neh memang semulajadi gayat. Kalau tinggi sikit dari tingkat lima tu aku dah boleh pening-pening rasa nak pitam. Tapi takkan kasut setinggi bangguna lima tingkat kan? Hohoh..

Last skali, aku boleh beli kasut yang aku rasa selesa. Takdelah nanti masa wedding aku terbongkok-bongkok macam si nenek bongkok tiga mengurut kaki yang lenguh. Nanti tak pasal-pasal pengantin lelaki pon sekali kena bongkok urut kaki aku yang lenguh.. apa cer?? Heheh..

Jadi, doa-doakan la aku jumpa kasut kahwin yang sweet, simple, selesa, tak tinggi sangat sebab gayat dan yang paling penting harganya berbaloi-baloi. Heheh..

Take care.
Wani.

1 comment: