Hati berbunga riang sebab satu lagi hal dah settle. Yeay~
Ingat mudah.com.my ke nak cari cincin kahwin neh? Tersangatlah susah u know.. =D
Mungkin sebab aku neh senang rambang mata kot. Semua cincin nampak cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb. Oleh kerana semua cincin yang aku nampak aku rasa cantik, aku buat keputusan nak carik cincin yang design nampak klasik tapi at the same time design cincin tu nampak rare. Haa.. Konon nak nampak macam cincin tu aku sorang je yang pakai di dunia neh.. *Ceh perasan.
Kedai first terjah is Diamond & Platinum kat Mid Valley. Terjah kedai neh sebab Kaz memang nak platinum ring untuk dia. Suasa memang dah out sebab mengandungi unsur-unsur emas. Tak percaya please Google okay. Silver memang cantik kalau pandai cari design tapi Kaz nak platinum jugak sebab dia nak cincin yang tahan lasak. *Macamlah kerja gali lombong timah. =P
Di sebabkan Diamond & Platinum neh memang platinum speacialist so tak heranlah design cantik-cantik bangat. Diaorang pon memang banyak couple ring untuk wedding. Ingat nak cari wedding ring kat situ jelah. Beli terus satu set dengan cincin Kaz senang cerita. Jimat sikit sebab ada diskaun for second purchase.
Tapi entahlah hati neh susah nak buat pilihan time tu. Rasanya pilih cincin kahwin inilah antara keputusan yang amat susah nak di buat dalam hidup aku. Bukan apa, nak pakai seumur hidup tuuu... Aku naklah cincin tu special. Makin di pandang, makin di sayang. Sama macam pandang suami. Tak jemu-jemu. Ceewaaah..
Kaz je yang dah pilih design cincin dia kat Diamond & Platinum time tu. Cincin yang Kaz pilih was a simple design, not too much and selesa di pakai. Tapi dia tak beli lagi cincin favourite dia tu sebab nak tunggu aku jumpa cincin pilihan hati aku dulu. Konon sweet muwet lah beli serentak kan. Hohoh..
So, kitaorang leave that place and masuk berbagai-bagai kedai lagi. Habib, Tomei, Emas Sri Pinang, Wah Chan, Poh Kong, Goldheart etc. Semua kedai neh kami masuk bukan dalam masa satu hari je tau. Berhari-hari sebenarnya proses pencarian cincin kahwin neh. Fuhh~
Then, masa kat Goldheart aku terpandang kan satu design cincin tu. Combination dua colour. Rose gold & white gold pastuh ada diamond sikit. Cantik pulak rose gold neh. Nampak klasik & rare. Just like what i want. ^^
Contoh cincin combination rose gold & white gold. |
Contoh cincin combination rose gold & white gold. |
Contoh cincin combination rose gold & platinum. |
Round punya round jumpalah dua tiga cincin combination rose & white gold macam aku nak. Masa tu taknak beli lagi sebab nak balik rumah tenangkan fikiran dan tidur dulu. Taknak push hard push fast sangat beli cincin kahwin neh. Take it slowly sebab takut menyesal. Hahah..
One day tu aku dan Kaz keluar tengok Breaking Dawn part 2 kat Sunway Pyramid. Di sebabkan movie lambat lagi kitaorang pon jalan-jalan window shopping. Tiba-tiba Kaz ajak masuk Diamond & Platinum lagi. Memang aku perasan bab cincin kahwin neh Kaz nampak excited sikit walaupon luaran dia nampak cool. And yes, dia dah jatuh hati sangat kat cincin platinum dia tu.
Masuk kedai tu sajelah tinjau-tinjau cincin perempuan. Sekali aku nampak cincin yang tersangat cantik di mata aku. SubhanAllah. Memang cinta pandang pertama kat cincin tu. Bila promoter tu keluarkan cincin tu suruh aku try lagilah aku jatuh hati. Exactly like what i want!
Aku pelik kenapa sebelum neh tak nampak pon cincin tu kat Diamond & Platinum Mid Valley? Kat Diamond & Platinum Sunway Pyramid ada pulak. Then promoter tu terangkan yang cincin tu takde kat branch Diamond & Platinum yang lain. Kat Sunway Pyramid tu je satu ada.
Aku terus mms gambar cincin tu kat ibu. Siap hantar gambar tu kat bestfrieds-bestfriends aku tanya pendapat lagi. Semua orang kata cantik. Lagi berkobar-kobar semangat aku nak beli cincin tu. Heheh..
Now, dah beli dah pon cincin tu. Ini picture our ring. Aku kasi blur sikit gambar sebab takmo hilangkan serinya nanti. Ececehh..
Kaz request engrave initials kitaorang inside cincin tu. So sweet of him <3. Tapi sepatutnya engrave tarikh nikah sekali sebab Kaz susah nak ingat tarikh. Hohoh..
Kaz, thank you so much for everything. Semoga urusan kita ini di permudahkan oleh-Nya. Aminn..
Wani.
5 comments:
Salam wani n kaz..dlm dok tgok2 fb ni,tnampak la muka wani ni,ada blog lg tu,trus la bkak,nk tau gak pa crita sbb tgok tajuk cm mnarik.hehe..so..selamat pengantin baru nt..parab pun tumpang hepi..yg mami nu lak pa la crita gamaknya..
Parab... lama x dengar cite. Thankie2.. Mami sihat la.. Nanti kena reunion kita neh. Heheh..
parabbbbbbbbb
bape harga cincin platinium?? yg u dah survey.. ingt nk beli set.. budget 3.5K.. bole dpt ke??
Anonymous : 3.5k boleh dpt. try tgk kat goldheart, pohkong.
Post a Comment