Salam.
Semua orang di dunia neh tak sempurna. Tapi aku taknak cakap pasal semua orang tu. Aku nak cakap pasal diri aku neh. Ha, ye. Aku tak sempurna. Aku pernah melalui zaman 'jahilliah' aku. Aku pernah meronggeng ke hulu ke hilir free hair. Aku pernah berfesyen tanpa memikirkan aurat-aurat aku terdedah dilihat oleh yang bukan mahram.
Jadi, setelah mula menutup apa yang sepatutnya ditutup ini aku mulalah memadam gambar-gambar yang tidak sepatutnya di facebook. Ada yang aku delete dan ada yang aku keep private untuk diri aku sendiri.
Aku juga mula pm kawan-kawan kat facebook yang mana pernah post gambar-gambar zaman 'jahilliah' aku tu untuk menggunakan sifat prihatin diaorang delete gambar-gambar tersebut. Alhamdulillah.. semuanya memahami.
Nasib masa aku berhurey-hurey free hair tu hanya facebook yang popular. Kalau lar masa tu dah ada instagram bertambahlah kerja den neh ha.
Kemudian aku teringatkan blog terchenta aku neh. Penuh juga gambar-gambar aku free hair. Yes, aku delete gambar itu semua. So, memang ada previous post aku macam ayat tergantung, contohnya "lihat kami gembira seperti gambar di bawah" tapi bila kau scroll bawah takde gambar pon. Yang ada hanya sambungan aku membebel. Hahah. Jika itu yang berlaku maaflah ye.
Hayoo.. penat tau nak delete dan edit satu-satu post kat blog neh. Padan muka kat aku juga sebenarnya kan. Dosa sendiri nak buat macamana. Baik rasa penat delete sekarang dari rasa azab waktu akhirat nanti.
Alhamdulillah. Sekarang ramai kawan-kawan aku dah berubah. Dan diaorang semua pon ada mesej aku mintak tolong delete gambar-gambar diaorang yang tak sepatutnya kat blog aku neh. Btw, aku mintak maaf lah kalau ada post yang aku terlepas pandang tu. Aku dah cuba sedaya upaya belek satu-satu post sampai suami pon pelik tengok aku khusyuk depan ipad macam tengah buat proposal nak kena submit urgent. Hahah.
Rasa nak delete je semua post-post lama kat blog neh tapi macam sayang pulak. Tapi bila baca memang malu kat sifat keanak-anakan diri sendiri dolu-dolu. Tapi kalau delete ada kenangan terindah pulak. Tapi.. ha nampak tak banyak tapi tu. Jadi, sebab taknak banyak tapi aku delete gambar jelah. Post-post yang memalukan aku convert simpan dalam draft. Heheh.
Kepada kawan-kawan kesayanganku sekalian. Aku dah cuba sedaya upaya delete semua gambar yang tak sepatutnya ditayangkan disini padahal anda semua nak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi aku minta maaf kalau ada kekurangan disini. Sila whatsapp or mesej aku kalau korang perasan mana-mana post yang ada gambar tak sepatutnya lagi.
Buat pengetahuan korang, aku delete gambar dalam blog neh pakai ipad sebab laptop aku ada orang yang lebih memerlukan pakai. Kalau korang nak tahu kesusahan tanpa 'mouse' aka tetikus dalam menggunakan website blog ini amatlah tidak dapat di gambarkan. Pernah juga aku tarik-tarik rambut aku neh kerana kerap sangat proses memadam gambar kat blog neh failed. Susah nak explain tapi memang payah tanpa 'mouse' T_T. Sebab itulah aku selow melow sikit. Maaf ye.
Ingat, kalau jumpa mana-mana post yang ada gambar tak sepatutnya tu please please please hafal tajuk post tu then whatsap or mesej aku okay.
lovelove,
Wani.
No comments:
Post a Comment