14 August 2015

Unbornheart Fetal Doppler review.

Assalamualaikum..
 
Hari neh terajin pulak nak tulis post pasal UnbornHeart Fetal Doppler. Apa kebendanya UnbornHeart fetal doppler neh? Haa.. Neh ha benda alah tu..


Actually, secara ringkasnya neh adalah alat untuk mendengar jantung fetus atau janin dalam kandungan. Haa, tak ke bunyi macam doktor aku neh? Heheh..

Secara naturalnya pertama kali mengandung membuatkan semua wanita excited gilos pasal kandungan diaorang kan? Termasuklah aku. Masa first time urine pregnancy test aku positif tu aku bajet kandungan aku dalam 5 weeks lepas aku kira sendiri dari tarikh last period. Dah 8 weeks baru aku dan Kaz pergi klinik scan and nampaklah kantung janin tapi time neh doktor tak dapat kesan denyutan jantung janin lagi. At this time aku disappointed la jugak. Plus risau yang amat sebab banyak terbaca tentang persenyawaan yang tak jadi kat internet/buku.

Masa scan 10 weeks barulah doktor dapat kesan jantung janin. Alhamdulillah.. Then, aku banyaklah menyibukkan diri baca pasal pregnancy kat internet. Sekali terjumpa pasal benda neh..


Dasyat kan benda alah neh? Scan kat perut boleh nampak terus kat handphone 
 😱. Tapi opkos lah benda alah neh mahal gilos dan takde dalam market Malaysia pon. Hohoh..

Mula daripada terjumpa scan device tu lah aku dok mencari-cari device yang lebih kurang fungsinya dan yang penting mampu milik. Ngehngeh..

Banyak sebenarnya kedai baby online terutamanya dekat instagram yang jual doppler neh. Setelah meriki-riki harga aku beli dekat Marissa Shoppe. Kalau nak ikut murah ada tempat jual lagi murah kat online tapi suami aku neh susah sikit nak beli barang online. Tu yang dia sanggup pergi sendiri kedai Marissa Shoppee kat Shah Alam untuk belikan doppler neh. 

 
Macamana nak guna doppler neh ye?

Yes.. Connect dengan smartphone anda.

So, lepas beli doppler neh perlulah download application dia kat app store atau google play. Both Apple user and Android user boleh guna doppler neh ye 😊.

Alat neh guna 2 bateri jenis AAA.

Ini semua barang yang ada dalam kotak UnbornHeart Fetal Doppler tu. Ada smartphone cable untuk connect mobile device ke doppler neh, ada earphone, ada ultrasound gel, fetal doppler and user manual book.

And yeah, doppler neh boleh guna kat semua mobile device termasuk hp, ipad, tab dan seangkatan dengannya.

Setelah guna benda alah neh 9 bulan mengandungkan Kazim Haiman memang aku rasa benda neh sangat berguna. Sebab kadang-kadang aku busy kerja sampai tak sedar cukup tak anak aku gerak hari neh. Tapi dengan benda neh bila balik rumah aku boleh terus dengar jantung anak aku and rasa lega. Heheh..

And pernah jugak tiba-tiba aku ada spotted bleeding. Cepat-cepat aku guna alat neh dengar jantung anak aku. Rasa lega jugaklah lepas check heart rate normal. But, of course kena pergi check kat hospital jugak after that. 

Yang paling best korang boleh record, simpan and share bunyi jantung anak korang. Sampai sekarang aku simpan lagi bunyi jantung Kazim Haiman masa dalam perut. Hewhew..😌

Kekurangan device neh pulak kalau orang yang tak faham sangat nak guna alat neh susah sikit kot nak bezakan mana satu bunyi heart rate baby. Sebab akan ada banyak bunyi nanti. Tapi lama-lama guna senang dah nak bezakan.

Perhatian : Ini bukan gambar aku. Kehkehkeh..

Btw, dalam application doppler neh ada bagitahu heart rate normal untuk baby dalam kandungan sekali sebagai panduan. 

Kesimpulannya, ini adalah barang yang aku tak menyesal beli masa mengandung dulu. Korang boleh la nak beli kalau ada duit lebih tapi kalau tak beli pon takpe. Masa appointment klinik pon nurse akan check heartbeat baby jugak nanti. Don't worry ☺️.

Till then,
Wani.




4 comments:

Nazirah Naz said...

Assalamualaikum,

Boleh saya tahu harga dia berapa?

Terima kasih

nrhzwani said...

Waalaikumussalam.
Saya lupa la sis. Tapi dlm Rm200-Rm250 kalau x silap.

rozleyana rosnan said...

Ni kn guna gel juga ke

nrhzwani said...

Dia siap bg gelS