25 March 2011

Cerita 'telefon buruk'.

Hye all.
Hari neh aku dapat tahu dua kebenaran yang buka mata aku.

Sedih. Tapi benda dah lepas. And aku fikir semua orang memang sejal azali mudah di pengaruhi. Antara dye kuat atau tak je nak berpegang teguh pada pendirian atau kepercayaan dye.

Aku pon mudah di pengaruhi. Contoh tadi, di sebabkan keadaan rambut aku yang gugur tahap disaster neh aku tekad nak tukar shampoo. Kang tak pasal-pasal alopecia pulak aku. Terus turun harga hantaran. Hakhak.

Well, berbalik pasal nak tukar shampoo tuh. Aku nak beli shampoo Pantene hair fall control. Tp Kak Dayah yang teman aku pergi beli tadi kata dye pakai Sunsilk hair fall solution bagus. Rambut dye makin kurang gugur.



Aku dah pegang dah tau shampoo Pantene tapi aku mata aku tak lepas-lepas pandang shampoo Sunsilk tuh. Aku tak dapat nak buat keputusan since ada testimoni Sunsilk terbaik depan mata aku iaitu Kak Dayah.



Then, Kak Dayah kata dye taknak pengaruhi aku pilih shampoo mana. Dye cadangkan aku beli je salah satu tapi yang kecil dulu sebab rambut aku neh sedang detect kalau shampoo tuh tak sesuai.

At last, aku beli Sunsilk. Ngeh ngeh ngeh. Walaupun Kak Dayah tak berniat pon nak pengaruhi aku tapi diri aku memang dah mudah di pengaruhi kan? Lagipun wangi gila kot shampoo Sunsilk neh. Memang tak menyesal dong buat masa sekarang. ^_^

Hal yang mudah dipengaruhi kat atas pasal shampoo je. Tapi kalau hal yang mudah di pengaruhi tu dah melibatkan perasaan? Persahabatan? Mesti susah kan. Boleh jadi gaduh.

Aku belajar daripada kesilapan. Dan aku sedar memang lumrah manusia suka mempengaruhi orang lain dan terpengaruh dengan orang lain.

Kalau tak, masakan time sekolah dulu kita tulis point 'pengaruh rakan sebaya'  dan 'pengaruh media massa' masa kita buat esei tajuk 'Faktor-faktor gejala sosial di kalangan murid sekolah'  kan?

Logik tak contoh di atas? Logik tak? Cikgu BM aku mesti bangga dengan aku neh.

Untuk mengelakkan terpengaruh, kita kena berfikir dengan matang dan pandai bezakan mana betul mana salah. Jangan cepat percaya 100%. Bila cerita dah tersebar daripada mulut ke mulut. Risiko untuk cerita itu di tokok tambah confirm macam makan nasi tambah ye hadirin.

Ingat tak game telefon buruk? Ala yang kita main pas-pas satu ayat kepada orang tapi dengan cara berbisik biar orang lain tak dapat dengar. Lepastuh, orang terakhir sekali yang terima ayat tuh akan bagitahu apa yang dye dengar. Ingat tak game tuh?


Tak ingat game neh takpe. Yang penting, selalunya orang yang terakhir dapat ayat tuh akan bagitahu ayat yang tak sama langsung daripada ayat yang orang first bagi.

Kesimpulannya, mesej atau cerita yang dah di pas-pas neh memang tak boleh percaya. Janganlah kita cepat melatah tanpa mengetahui kebenarannya. Tanyalah si empunya badan dulu kan. Nanti tak pasal-pasal tambah lagi sebakul dosa. Huhuh.

Ada orang pulak suka biarkan je khabar angin tuh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Lama-lama senyaplah kan.

Akhirnya, orang yang telah pon terpengaruh dengan cerita 'telefon buruk' neh akan sedar jugak di mana silapnya.

Semoga akal dan fikiran kita matang berfikir seiring dengan usia kita. Aminn..

Credit to : conteng-conteng

hugsNkisses,
Wani.

No comments: