10 November 2011

Every nurse really need this.

Kerja di wad bukannya membesarkan punggung duduk kat kerusi tu je. Jururawat kena ke hulu ke hilir. Katil pesakit bukan kat tepi kaunter jururawat tu. Nun kat cubicle masing-masing.

Nurse call bell berbunyi je berjalanlah anda sebagai jururawat yang berhemah ke cubicle pesakit yang memanggil. Bagi ubat pon kena berjalan dari cubicle ke cubicle pesakit jugak. Bukan boleh panggil nama pesakit sorang-sorang suruh datang kaunter ambil ubat sendiri.

Tu belum kes berjalan tolak pesakit dengan strecher or wheelchair pergi buat x-ray atau tolak troli medication ambil ubat kat farmasi lagi. Phew~

Banyak berjalan buat kaki para jururawat lenguh teramat sangat. Dah lenguh satu hal. Berpotensi dapat hadiah cepu emas Poh Kong iaitu varicose veins.

Varicose veins baik punya.

Time study dekat kolej dulu kalau kaki lenguh macam tengah heret anak gajah pon aku ada cara alternatif lagi bijak untuk menghilangkan rasa sakit tu dan mengelakkan varicose veins muncul di kaki ku yang cantik seperti bunting padi ini.

Caranya ialah dengan mengantungkan kaki di besi katil bujang aku.

Macam ini. Pandainya Wani guna photoscape~
With this way I have makesure that my blood flow at my feet going back to normal. Kalau tak, seharian bekerja di wad buat pengaliran darah kat kaki tersekat. Berdiri terlalu lama buat darah tak boleh patah balik ke jantung dengan mudah kerana tarikan graviti yang menarik blood flow sentiasa menghala ke bawah. Kau faham ke tak apa aku cuba cakap neh? Ggrr~

Whatever it is, now I have a new solution. Yeayy~

Since my bed takde palang besi macam kat hostel dulu. Since dah kerja ada gaji. Since ada boyfriend yang baik hati nak belanja teman.

Kita pergi..


Foot reflexology. Benda alah neh kat Bukit Bintang. Sangatlah best wa cakap sama lu. Must try weh. Harga berpatutan, tempat theraputic, dapat green tea free, kerusi malas buat anda rasa malas nak bangun, pekerja semua hensem-hensem dan cantik-cantik.

Therapy yang sangat bagus. Aku ingat sakit lar sangat. Rupanya macam kena gigit dengan kerengga je. (Berlagak sikit).

Aku takde gambar nak share sebab aku rakam video time tu. Nak share video banyak muka Mr Kaz dari muka aku. Nanti dia pulak yang ramai peminat. So, aku malas nak upload. Hahah.

P/s : Memang Kaz yang belanja pon.

Ariosamigos,
Wani.

No comments: