13 October 2012

Sudah sebati.



Sebenarnya aku neh memang ada penyakit dari zaman muda remaja (sekarang remaja dewasa). Nama penyakit tu Oral Simplex or cold sore.

Oral Simplex neh merupakan blister yang akan tumbuh kat bibir.. Haa.. then, akan akan rasa gatal & tak selesa. Bibir elok licin smooth macam model lip ice sheer colour tetiba tumbuh menatang tu takkan rasa selesa pulak ye ndak?

Sebab timbul blister neh antaranya stress, terlalu sejuk, terlalu panas, demam, hormonal changes and lain-lain lagi la. Lagi satu sebabnya jugak adalah melalui ciuman. Tapi korang jangan nak fitnah aku cium sesiapa pulak.! Hish.

So, penyakit neh memang recurrence atau akan berulang-ulang. Means dah elok pon, beberapa bulan akan jadi balik blister tu. Pastuh elok balik, pastuh jadi balik. Macam tu jela. Dah sebati dah dengan diri aku.

Dulu masa mula-mula kena mengagau jugaklah cari ibu, sekarang takde dah macam tu. Bila jadi je aku tempek la krim Acyclovir. Dua tiga hari lepas tu sembuh, itu je cara mengubati cold sore neh.

Sebenarnya aku bebel panjang lebar dari utara ke selatan tadi tu ha sebab nak bagitau yang cold sore tu tengah jadi la sekarang neh.

Kali neh aku rasa cold sore jadi sebab aku stress, panas, serabut, happy, risau, berdebar ke hulu ke hilir prepare apa yang patut untuk hari bahagia aku nanti kot.

So, lepas neh kenalah jaga emosi sikit. Takyah risau risau sangat, pening pening sangat. Takmo cold sore neh timbul saat hari bahagia tu pulak. Tak cantiks macam Scha Al Yahya la nanti. Heheh..


Arios amigos,
Wani.

2 comments:

Kuun said...

pasni kalau wani da kawen, setiap minggu mesti kne cold sore.. hahaha! XD

Hazwani said...

Kuun : Hahah. Siot.